Jordan Menang Kes Ciplak Ke Atas Jenama Qiaodan Sports Di China Selepas 8 Tahun

Trending

Jordan Menang Kes Ciplak Ke Atas Jenama Qiaodan Sports Di China Selepas 8 Tahun

Hampir 8 tahun kes mahkamah antara Michael Jordan, legenda sukan bola keranjang dan Qiaodan Sports, syarikat jenama dari China akhirnya memihak kepada Jordan Brand. Mahkamah Tinggi China memutuskan keputusan tersebut dengan harapan semua masyarakat dapat melihat negara China amat memandang serius perihal hak harta intelek jenama luar negara.

Jordan telah meneliti beberapa perkara yang jelas sebelum mengambil keputusan untuk mengemukan tuntutan saman terhadap jenama dari China ini. Antaranya penggunaan logo Qiaodan Sports sangat serupa dengan logo Jordan Brand. Selain itu, sebutan ‘Qiaodan’ ialah sebutan Jordan dalam bahasa Cina. Keluaran rekaan kasut Qiaodan Sports banyak mengambil ilham beberapa rekaan kasut Jordan Brand secara penuh.

Advertisement

Qiaodan Sports

Peguam di firma Beijing Conzen Law Firm turut bersetuju dengan keputusan mahkamah dengan memberi pengiktirafan jenama Jordan dengan melindungi hak intelek jenama ini. Qiaodan Sports yang berpengkalan di daerah Pujian sudah beroperasi sejak tahun 2000.

Kemenangan kes saman Jordan memaksa pihak Qiaodan dilarang untuk menggunakan nama Qiaodan dan perlu menukar reka bentuk logo jenama tersebut. Nama dan logo yang digunakan Qiaodan Sports sebelum ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada peminat Nike dan Jordan Brands.

butik Qiaodan Sports

Kes ini bakal menjadi peringatan kepada syarikat China yang lain untuk tidak sesekali ‘menceduk’ identiti jenama lain untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam masa yang singkat.

Sebelum ini Supreme juga antara jenama yang menjadi mangsa ciplak. Supreme Italia, jenama ciplak kepada Supreme New York membuka cawangan di Shanghai, China Mac tahun lepas. Butik Supreme Italia ialah butik flagship di China yang mana barangan produk yang dijual tidak mempunyai kaitan langsung dengan Supreme New York.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...