Jony Ive Tinggalkan Syarikat Apple Setelah Hampir 30 Tahun

Trending

Jony Ive Tinggalkan Syarikat Apple Setelah Hampir 30 Tahun

Jony Ive yang telah bersama dengan syarikat Apple Inc. selama hampir 30 tahun membuat keputusan untuk meletakkan jawatan. Ive yang berkhidmat sebagai Chief Design Officer untuk syarikat itu sejak tahun 1992 akan membuka firma baru LoveFrom.

Firma barunya itu turut menjadikan syarikat Apple Inc. sebagai klien pertamanya. Namun tiada maklumat lain mengenai firma itu didedahkan.

Advertisement

Sepanjang perkhidmatannya itu antara produk rekaannya yang menjadi ikonik kepada syarikat Apple sudah semestinya iPhone dan iMac serta projek lain yang pernah beliau terlibat seperti iOS dan Apple Park.

Disini kami sertakan antara rekaan paling ikonik yang pernah beliau hasilkan bersama syarikat Apple.

iMac G3 (1998)

Antara yang paling ikonik pada tahun 1998, Ive menghasilkan iMac G3 yang berwarna biru ataupun bondi blue. Percubaan yang berani kerana kebanyakan komputer pada masa itu bewarna kelabu sahaja.

Selepas itu Ive memperkenalkan 10 pilihan warna, dari warna Lime kepada Strawberry.

Rekaannya yang jernih juga membolehkan kita lihat dalaman iMac G3 daripada luaran dan merupakan komputer Apple pertama menggunakan USB ports.

“Ia kelihatan seperti datang dari planet lain. Planet yang bagus. Planet dengan pereka yang bagus” – Steve Jobs

iBook G3 (1993)

Berbeza dengan iMac G3, rekaan kali ini dengan bentuk lebih nipis didatangkan sekali dengan keyboard. Sekali pandang bentuknya macam beg tangan kerana didatangkan dengan handle untuk memudahkan dibawa.

G4 Cube computer (2000)

Komputer yang berbentuk cube ini langsung tak nampak seperti sebuah komputer, kan? Walaupun ada yang kritik kerana seperti ada kesan retakan pada rekaan itu.

Apple kemudian memaklumkan itu diakibatkan oleh proses molding yang dilakukan.

G4 Cube Speaker (2000)

Bentuk bulat yang dihasilkan untuk speaker ini merupakan aksesori yang sesuai dipadankan bersama G4 Cube Computer tadi.

Apple iSub Speaker (2000)

amazon

Walaupun ianya kelihatan seperti peralatan untuk makmal sains, tapi ini sebenarnya adalah sebuah speaker. Untuk produk ini Apple berkolaborasi bersama Harman Kardon seperti produk G4 Cube Speaker juga.

iBook G4 (2000)

Ive kembali dengan rekaan yang mudah dan biasa untuk iBook G4 kali ini berbeza dengan iBook G3 yang sebelum ini. Untuk koleksi ini juga tiada lagi pilihan warna seperti yang dulu punya. Senang cerita less is more.

iMac G4 Computer (2001)

Sememangnya sesuatu yang diluar jangkaan untuk fikirkan macam mana Ive boleh mereka bentuk base yang berbentuk separuh bulat begini.

Tidak didatangkan dengan pilihan warna sebaliknya hanya ada warna putih dan kelabu saja. Rekaan yang ini memang lain dari yang lain.

Sudah tentu banyak lagi rekaan lain yang Jony Ive dah hasilkan. Terutamanya iPhone dan iPad yang masih lagi mendapat sambutan.

Selamat maju jaya kami ucapkan kepada Jony Ive dan tentunya kita akan terus menantikan dan menyokong perjalanan beliau yang seterusnya.

Jadi produk mana satu favourite anda?

 

Sumber: cnet 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...