Jom Ubah Persepsi: KWSP Bukan Untuk Orang Tua Je, Korang!

Branded

Jom Ubah Persepsi: KWSP Bukan Untuk Orang Tua Je, Korang!

“Pilih kerja yang carum KWSP kalau boleh!”

Mesti anda dah familiar dengan ayat ni kan? Bila sebut je Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ni, ramai beranggapan ia hanya penting untuk golongan berusia dan untuk kegunaan hari tua sahaja. Malah, ramai juga yang ingat KWSP oleh kerana pengeluaran seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra time PKP dulu. So, anda rasa selain menyimpan untuk hari tua nanti, apa lagi anda boleh buat di KWSP?

Pengeluaran Simpanan Penuh Dan Sebahagian

Haa, selain simpan kat KWSP, jangan tak tahu yang anda juga boleh buat pengeluaran. Lebih menarik lagi, anda tidak hanya boleh membuat pengeluaran penuh apabila dah berumur 55 tahun nanti, tetapi anda boleh juga membuat pengeluaran tertentu. Nak tahu apa dia? Antara jenis pengeluaran yang anda boleh lakukan seperti pengeluaran pendidikan, pembiayaan pembelian rumah, pengeluaran kesihatan dan Haji. Bagusnya!

i-Invest Bantu Tingkatkan Jumlah Wang Dalam Simpanan

Untuk pengetahuan anda juga, sekarang KWSP dah ada i-Invest iaitu satu platform dalam talian yang membolehkan ahli KWSP untuk melakukan pembelian dana unit amanah hanya secara dalam talian (online) tanpa melalui ejen dengan yuran yang rendah.

i-Invest boleh digunakan oleh ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, yang mempunyai simpanan KWSP yang secukupnya, dan permohonan hendaklah melalui kaunter/agen IPD atau i-Akaun (Ahli). 

i-Lindung Bantu Beri Perlindungan Awal

Lepas tu,  tahu tak sekarang anda dah boleh beli produk insurans atau takaful melalui platform yang disediakan KWSP? Tak tahu takpe, jom baca tentang i-Lindung pula.

Tujuan utama platform i-Lindung ini adalah bagi membantu anda yang masih tiada insurans atau takaful untuk mendapatkan perlindungan pada harga mampu milik supaya kuranglah sikit kerisauan nanti jika anda berdepan masalah atau kejadian tidak diingini nanti. Bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’!

Istimewanya tentang i-Lindung, anda hanya perlu bayar sekali sahaja untuk perlindungan takaful atau insurans selama setahun. Pembayaran pula boleh dibuat terus daripada akaun 2 simpanan KWSP anda. Jadi, dah tak perlu risau insurans luput (lapse) gara-gara terlupa bayar. Selain perlindungan dari penyakit kritikal, i-Lindung pun cover perlindungan nyawa tau. 

So guys, sila take note yang KWSP bukan semata-mata pasal i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, atau untuk orang tua sahaja tau! Jadi kepada anda yang memang ahli KWSP, jangan lupa muat turun aplikasi i-Akaun sebab kalau dah ada, senang lah nanti nak semak dan kemas kini akaun KWSP anda tu nanti. 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...