Jom Tonton Kami Histeria Hujung Minggu Ini

Hiburan

Jom Tonton Kami Histeria Hujung Minggu Ini

Yeah ~~~ Anda bosan tak tahu nak buat apa di hujung minggu ini? Apa kata kita ramai-ramai pergi menonton filem Kami Histeria di pawagam yang berdekatan. Filem komedi seram ini menampilkan pelakon-pelakon wanita hebat seperti Diana Danielle, Fazura, Sara Ali, Nad Zainal dan ramai lagi. Abang Nara masih belum sempat menontonnya, namun daripada “feedback” di laman sosial, filem ini memang antara filem tempatan yang berbaloi.

filem kami histeria

Advertisement

Sedikit sinopsis filem yang turut menampilkan Izzue Islam untuk rujukan anda.

Lima orang gadis remaja: Laila, Bad, Peanut, Airin dan Jojo mempunyai band mereka sendiri yang diberi nama “Histeria”. Kumpulan ini berpindah ke kediaman baru di sebuah rumah pangsa yang berhantu. Semasa membuat rakaman lagu mereka, suara Langsuir turut dirakamkan dalam rakaman tersebut. Lagu tersebut menjadi hit dan amat diminati ramai setelah dimuat naik ke YouTube.

Mereka berusaha mendapatkan khidmat bantuan dari Cik Lang (Langsuir) untuk dirakamkan suaranya. Cik Lang sanggup membantu mereka dengan syarat sekiranya lagu mereka menjadi hit Cik Lang akan menuntut sesuatu daripada mereka. Bagaimana perjanjian kumpulan Histeria bersama Cik Lang? Adakah Cik Lang berniat baik untuk membantu mereka atau sekadar helah untuk mendapatkan apa yang dihajati?

filem kami histeria

Berdasarkan pemeriksaan Abang Nara sebentar tadi, masih banyak pawagam yang menayangkan filem Kami Histeria. Ini bermakna sambutan yang baik telah diterima sejak seminggu ia mula ditayangkan. Abang Nara yakin korang akan lebih excited untuk menonton filem ini selepas menyaksikan trailer di bawah.

Jadi apa kata hujung minggu ini apa kata kita beramai-ramai turun panggung untuk menyokong filem ini? Filem yang bagus apa salahnya sokong ramai-ramai kan? Untuk informasi lanjut mengenai filem ini, layari Facebook Kami Histeria.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...