March 8th, 2016

Secara terus-terang, Abang Nara jarang tengok cerita ala “chick-flick” ni. Tapi lepas Abang Nara tengok trailer Sisters yang bakal ditayangkan pada bulan Mac ni, fuhhh…macam menarik jugak. Abang Nara siap dah share dengan wife Abang Nara yang lagi mahir bab cerita macam ni, dia pun dah approve.

 photo SISTERS_One Sheet.jpg

Sisters, arahan Jason Moore dari filem yang amat femes Pitch Perfect menceritakan kisah dua adik-beradik perempuan, gandingan Tina Fey dan Amy Poehler yang telah lama tidak berjumpa tetapi dipanggil pulang ke rumah di mana mereka membesar kerana ibubapa mereka akan menjual rumah tersebut.

Lawak kan? Abang Nara tengok trailer ni pun dah nak tergelak. Rasanya memang gelak sampai tak kering gusi tengok cerita ni. Kalau korang tengok trailer sampai habis, siap ada ahli gusti terkenal John Cena, memang tambah awesome lagi la jawabnya.

 photo 2451_D043_00222R_CROP.jpg

Khas untuk pembaca BeautifulNara yang cukup setia dan awesome, dengan kerjasama dari United International Pictures Malaysia (UIP), Abang Nara ada 40 pasang tiket untuk dikongsikan bersama. Untuk pengetahuan anda, Sisters akan ditayangkan pada

Tarikh: 15hb Mac 2016
Lokasi: GSC One Utama
Masa: 9 malam
Jenis: 2D

 photo 2451_D004_00032R.jpg

Cara untuk menang tiket? Senang sahaja. Anda hanya perlu mengisikan borang dibawah dengan kongsikan “Pengalaman anda dengan adik/kakak/abang yang memang takkan dilupai”. 40 entri yang paling kreatif dan takkan Abang Nara lupai akan menang sepasang tiket dan dapat tengok wayang dengan Abang Nara pada 15hb ini.

Selamat mencuba Abang Nara ucapkan kepada anda semua yang cukup kreatif dan berpengalaman. Tarikh tutup penyertaan adalah 12hb Mac 2016. Jangan lupa like sikit page United International Pictures Malaysia sebagai tanda terima kasih.


Comments are closed.

Loading...