Jom Tonton Filem Hitman: Agent 47 Bersama BeautifulNara Pada 18 Ogos Ini

Hiburan

Jom Tonton Filem Hitman: Agent 47 Bersama BeautifulNara Pada 18 Ogos Ini

Yeah!!!! Berita gembira untuk para pembaca BeautifulNara terutamanya yang gila tengok wayang. BeautifulNara dengan kerjasama Warner Bros. Pictures akan mengadakan sesi tayangan filem Hitman: Agent 47 untuk anda semua. Filem Hitman 47 ini bakal bakal ditayangkan di Malaysia pada 20 Ogos 2015 tetapi untuk pembaca BeautifulNara, kita akan menontonnya lebih awal iaitu pada 18 Ogos ini. Bolehlah bangga dengan kawan-kawan dapat tengok filem awesome ini lebih awal berbanding orang lain.

hitman agent 47

Advertisement

Hitman: Agent 47 dibintangi oleh Rupert Friend, Zachary Quinto dan Hannah Ware, filem aksi ini mengisahkan seorang pembunuh upahan yang bekerjasama dengan dengan seorang wanita untuk mencari ayahnya dan membongkar salasilah kehidupannya. Ala kalau korang pernah tengok filem Hitman sebelum ini, pasti korang boleh agaklah cerita nie camner. Yang penting best. Info tayangan untuk anda semua:-

Tarikh: 18 Ogos 2015
Tempat: GSC 1 Utama
Masa: 9.00 malam

Kali ini Abang Nara ada beberapa cenderahati premium daripada filem ini untuk diberikan kepada anda seperti dompet, keychain, buku nota, t-shirt dan sebagainya. Jadi pastikan korang isi sekreatif mungkin borang di bawah. Pemenang dipilih berdasarkan kekreatifan. Kalau boleh cerita sikit tentang rahsia anda yang tidak pernah diketahui orang lain. Barulah terasa macam agent!!!

hitman agent 47
hitman agent 47

Untuk makluman, tiket akan diberikan pada hari tayangan dan tempat duduk adalah berdasarkan first come first serve. Anda cuma perlu bawa kad pengenalan anda sahaja untuk pengesahan. Selamat mencuba. Kita jumpa 18 Ogos nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...