Apa yang anda akan lakukan sekiranya berhadapan dengan situasi dimana seseorang terlibat dengan sesuatu kemalangan dan sangat memerlukan bantuan pernafasan dengan segera demi menyelamatkan nyawanya? Anda ingin bantu tapi tidak tahu bagaimana hendak melakukannya?
Jom sertai Fit CPR Fun Run 2017 yang dianjurkan oleh Unit Kecemasan PPUKM Bandar Tun Razak pada 9 December depan.
Melalui program ini, mereka akan mengajar anda cara yang betul untuk melakukan CPR yang boleh menyelamatkan nyawa dengan membantu penerusan bekalan oksigen ke otak, sehinggalah pesakit diberikan rawatan yang lebih spesifik.
Pada masa yang sama, mereka juga akan mengadakan larian bagi mengalakkan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.
TARIKH : 9 December 2017
TEMPAT : PPUKM, Bandar Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, Cheras
MASA : 7.15 pagi
Layari laman web http://www.fitcprfunrun.com untuk maklumat lanjut.