Dalam masa beberapa hari saja lagi kita akan menyambut tahun baru 2020. Mesti ramai yang tengah bercuti sekarang ini sebab nak habiskan cuti tahunan kan? Yang tak dapat bercuti tu, jangan risau! Kami senaraikan cuti umum yang ada untuk tahun 2020 ini, jadi boleh lah anda rancang percutian untuk tahun depan lebih awal.
Kalau anda nak tahu, tahun 2020 juga adalah tahun lompat di mana kita akan berjumpa dengan tarikh 29/02/2020. Mungkin ada yang nak pilih tarikh ini untuk berkahwin ke kan? Jimat sikit duit sambut anniversary empat tahun sekali je.
Januari
25, 26 & 27 Januari (Sabtu hingga Isnin) – Tahun Baru Cina
Mei
1 Mei (Jumaat) – Hari Pekerja
7 Mei (Khamis) – Hari Wesak
24, 25 & 26 Mei (Ahad hingga Selasa) – Hari Raya Aidilfitri
Jun
6 Jun (Sabtu) – Hari Keputeraan YDP Agong
Julai
31 Jul (Jumaat) – Hari Raya Haji
Ogos
20 Ogos (Khamis) – Awal Muharram
31 Ogos (Isnin) – Hari Kebangsaan
September
16 Sep (Rabu) – Hari Malaysia
Oktober
29 Okt (Khamis) – Maulidur Rasul
November
14 & 15 Nov (Sabtu & Ahad) – Hari Deepavali
Disember
25 Dis (Jumaat) – Hari Krismas
Kalau anda nak semak kalendar cuti mengikut negeri pula, boleh semak di sini.