Abang Nara tahu betapa pentingnya sarapan pagi dalam mengharungi kehidupan seharian. Sebagai contoh, kalau Abang Nara makan sarapan, sepanjang hari akan rasa lebih bertenaga dan ceria. Sayangnya disebabkan terlalu sibuk dan tak cukup masa, Abang Nara selalu skip breakfast.
Sarapan kegemaran Abang Nara sudah tentulah nasik lemak dan roti canai. Sayangnya memang tak sempat untuk singgah kedai mamak setiap pagi untuk makan. Satu pagi, tiba-tiba di atas meja makan rumah Abang Nara ada Nestum 3 in 1 American Ginseng dan Nestum 3 in 1 Dang Gui.
Abang Nara pelik. Siapa pula yang baik hati belikan Nestum untuk Abang Nara nie. Rupa-rupanya, mak mertua Abang Nara yang belikan. Katanya dia kesian tengok Abang Nara pagi-pagi pergi kerja tanpa makan sarapan pagi. Terharu diri ini dibuatnya.
Mudah je caranya menyediakan Nestum 3 in 1 American Ginseng dan Dang Gui ini. Cuma letakkan 200ml air panas ke dalam mangkuk dan masukkan 1 peket Nestum 3 in 1 pilihan hati. Bagi Abang Nara, Nestum 3 in 1 American Ginseng dan Dang Gui ini kedua-duanya memang sedap dan ada rasanya yang unik.
Nestum 3 in 1 American Ginseng ada 5 jenis herba di dalamnya iaitu American Ginseng, Huai Shan, Long Yan Ro, Gou Qi dan Yu Zhu. Sementara Nestum 3 in 1 Dang Gui pula adalah gabungan sempurna 4 herba Dang Gui, Nan Zao, Yu Zhu and Bei Qi daripada herba specialist Eu Yan Sang. Kedua-duanya ada khasiat gandum di dalamnya.
Dalam 1 bungkusan, ada 7 paket Nestum 3 in 1 yang penuh dengan khasiat, nutrisi dan tenaga yang wajib ada di dalam sarapan pagi . Semenjak Abang Nara amalkan Nestum 3 in 1 American Ginseng dan Dang Qui, memang sepanjang hari rasa lebih bertenaga dan ceria. Semangat je buat kerja seharian.
Dan jangan lupa untuk masuk peraduan Facebook Nestum 3 in 1 My Perfect Morning untuk peluang anda menang RM5,000. Peraduan ini berlangsung untuk 5 minggu dengan setiap tema berbeza setiap minggu. Peraduan akan tamat pada 23 Disember 2012 ini so cepat-cepatlah join. Abang Nara pun tengah cari gambar menarik untuk tema “Sunrise†minggu ini.
Apa pun Abang Nara nak ucapkan terima kasih kepada mak mertua Abang Nara yang memperkenalkan Nestum 3 in 1 American Ginseng dan Dang Qui ini kepada Abang Nara. Dengan harga semurah RM9.50 dan boleh didapati di hypermarket berdekatan, Abang Nara kini tak pernah lagi terlepas sarapan pagi.