March 4th, 2013

Sejak menjadi suri rumah sepenuh masa ini, Abang Nara memang sibuk. Bangun pagi terus mandikan anak, buat susu, kemas rumah dan macam-macam lagilah. Memang penat tapi berbaloi-baloi dapat melihat anak membesar dengan sepasang mata ini.

mcd breakfastSibuk tak sibuk sampailah hampir setiap hari Abang Nara termiss untuk bersarapan pagi. Ini sangat-sangat mengecewakan kerana Abang Nara tahu kepentingan “breakfast”. Abang Nara ada baca yang mood dan tenaga seseorang itu pada hari tersebut adalah bergantung sama ada dia bersarapan atau tidak. Patutlah Abang Nara masuk tengah hari je dah lesu kepenatan menjaga anak.
mcd breakfastAkibat kekurangan tenaga kerana tidak bersarapan, anak ajak main pun kadang-kadang Abang Nara buat derk jer. Kesian la pulak kat dia. Itu yang anak Abang Nara buat muka tonyok comel macam dalam gambar kat atas tue. Maafkan papa ye Aariz!!!
mcd breakfastAntara sebab Abang Nara tidak bersarapan ialah kekangan masa. Memang tak sempat nak tengok anak dan nak masak sarapan. Yang menariknya, Abang Nara ada baca yang salah satu sebab orang tidak bersarapan ialah nak jaga diet. Sedangkan breakfastlah penting supaya kita tak makan banyak waktu tengah hari nanti.
mcd breakfastAlangkah seronoknya kalau setiap pagi dapat bersarapan seperti di dalam gambar di atas. Memang mustahil kan? Abang Nara tertarik dengan sarapan pagi yang disediakan oleh McDonald’s. Memang sesuai untuk orang-orang yang sibuk bekerja. Boleh drive through dan order sarapan pagi Mcdonald’s yang sedap, murah dan selesa. Memang “great start to a great day” dengan sarapan pagi McDonald’s.
mcd breakfastKhas untuk pembaca BeautifulNara semua, Abang Nara nak mengajak 5 pembaca bertuah bersama pasangan masing-masing untuk bersarapan pagi di McDonald’s Sri Damansara pada hari Ahad ini. Marilah bersama-sama kita mencuba keenakan set breakfast daripada McDonald’s. Caranya senang sahaja, cuma tinggalkan komen beserta email anda dan lengkapkan slogan “Sarapan pagi kegemaran saya ialah….”. Suka hati andalah nak berapa panjang.
mcd breakfastTak sabar rasanya hendak mencuba sarapan pagi McDonald’s bersama-sama anda semua. Meh la join contest mudah ini. Confirm berbaloi-baloi punya. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari Facebook McDonald’s Malaysia – http://www.facebook.com/My.McDonalds.


Comments are closed.

Loading...