May 11th, 2018

Sempena hari minggu dan juga secara kebetulan merupakan Hari Ibu, jom beramai-ramai kita ke festival Jibby&Co Makan Hall yang bakal berlangsung pada 12 dan 13 Mei (Sabtu & Ahad) ini.

image

Dianjurkan bersempena dengan ulangtahun ke 4 penubuhan Jibby & CO di Malaysia, festival ini akan berlangsung di Tempat Letak Kereta Premium Ground Floor di Empire Subang Gallery bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. Festival hebat ini akan membawa kesemua jenama di bawah syarikatnya untuk membolehkan para pengunjung menikmati dan mengenali mereka dengan lebih lanjut. Untuk makluman, antara jenama popular di bawah Serai Group ialah Jibby & CO, Serai, Serai Thai, Serai Satay Bar dan Serai Catering.

Sila datang dengan perut kosong kerana pelbagai jenis makanan akan disediakan sepanjang fiesta ini berlangsung. Inilah masanya untuk anda mencuba pelbagai menu menarik dan unik yang disediakan oleh Serai Group.

latte-artttt-1000x621

Selain daripada makan sampai kenyang, anda juga berpeluang menyaksikan demonstrasi daripada naib juara dalam pertandingan Latte Art Championship! Haaa ni bukan peluang yang hari-hari ada jadi kalau anda peminat latte art, jangan ketinggalan peluang ini.

Bukan sekadar makan dan minum sahaja, pelbagai aktiviti menarik lain turut sama disediakan oleh Serai Group untuk menggembirakan hati para pengunjung mereka.

Sempena Hari Ibu juga pada hujung minggu ini, bengkel ubah hiasan bunga juga diadakan khas untuk meraikan ibu yang tercinta. Kalau anda peminat Beauty and The Beast, dapatkan juga tips ala gubahan bunga dalam kaca!

Sekiranya anda seorang kaki shopping, jangan risau kerana Jibby&Co Makan Hall turut menyediakan gerai-gerai jualan produk tempatan daripada jenama terkemuka seperti Muni Botanical Dyes, A Soap Affair, Mowgli dan Changgih. Boleh shopping sampai lebam sempena Raya yang akan datang

12345

Nak lagi best, anda tak perlu bawa duit pun, pakai je applikasi Boost dan anda boleh membuat pembayaran melalui smartphone. Boost kini boleh dimuat-turun di Android Play Store dan juga Apple App store. Memang senang gila kan?

Kalau nak tulis satu persatu aktiviti dan makanan di Jibby&Co Makan Hall ni, memang sampai esok pun tak habis. Senang cakap korang kena datang ke Empire Shopping Gallery pada 12 dan 13 Mei ini untuk rasa sendiri.

Jadi tunggu apa lagi? Pastikan anda pangkah calendar anda hujung minggu ini dana bawa seisi keluarga ke Empire Shopping Gallery untuk merasai sendiri kemeriahan dan keunikan Jibby&Co Makan Hall. Jangan lupa muat turun aplikasi Boost dan top up sebelum pergi!

Confirm puas hati beb!

Maklumat lanjut di sini




29 responses to “Jom Ramai-Ramai Kita ke Festival Jibby&Co Makan Hall Hujung Minggu Ini Di Empire Shopping Mall”

  1. Anonymous says:

    ingat ada 1 je nama najib kt dunia ni ke? kesian kat owner kedai tu, dah nama dia najib tak kan guna nama kedai makmah plak.

Loading...