Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jom Pergi Tengok Final Raja Lawak 4, Terima Kasih Astro

final raja lawak 4
Terima kasih kepada pihak Astro yang telah sudi untuk membenarkan kami menjemput 10 pembaca bertuah untuk menonton final Raja Lawak 4 Ahad ini. Sebelum kami bagitau cara-cara nak memohon, baca details tentang final Raja Lawak ini dulu:-

Tempat: Auditorium MBSA, Shah Alam
Tarikh: 7 Mac 2010, Ahad
Jam: 8.00 malam

Advertisement

Disebabkan tempat adalah terhad, apa yang anda perlu lakukan ialah menghantar email ke [email protected]. Pastikan anda sertakan nombor telefon, nama sebenar dan nama manja anda. Kalau korang nak bawak awek/pakwe/bini/bekas bini pun sila bagitau sekali dalam tue. Nanti kami bagitau boleh ke tak.

Pastikan yang korang betul-betul boleh datang sebelum menghantar email tue. Check dulu jadual korang. Kesian kat orang lain yang nak datang tapi tak dapat datang disebabkan korang yang gatal-gatal nak join tapi sebenarnya memang tak boleh nak join pun. So jangan susahkan orang lain ye.

Nanti kami akan update senarai mereka-mereka yang dapat tiket ke final nie. Jangan risau ini bukan satu gurauan di bulan Mac. Terima kasih sekali lagi kepada pihak Astro yang sudi memberikan tiket ini kepada kami dan anda semua. Jom join ramai-ramai.

P.S: Kalau korang tak boleh join tapi rasa-rasa ada kawan yang nak join, tolong sharekan news nie kat Facebook. Nampak kan huruf “F” warna biru kat atas belah kanan nie? Klik je tue nanti korang boleh share benda nie kat Facebook korang. Thanks a lot.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top