Pasti ada dalam kalangan anda yang pelik mengapa McDonald’s telah mengubah namanaya ke “Mekdi”.
Ini telah menjadi viral sejak semalam apabila papan tanda “Mekdi” kelihatan lebih catchy dan tampak lebih tempatan dengan nama terbaru.
Ada juga netizen yang beranggapan bahawa gambar tersebut cuma edit bukan ‘real’. Tetapi sebaliknya tidak, dan ini disahkan oleh pihal McDonald’s sendiri.
Mengapa McDonald’s Malaysia ubah nama?
“Mekdi” dipilih kerana slanga tempatan bagi singkatan perkataan McD. Apa yang menariknya cawangan Bukit Bintang adalah restoran McDonald’s pertama dibuka di Malaysia pada tahun 1982-an.
Sempena meraikan Bulan Kebangsaan yang akan tiba dalam beberapa hari lagi, McDonald’s Malaysia juga menyambut segala berkaitan dengan Malaysia dengan memperkenalkan Nasi Lemak McD yang menjadi kegemaran semua rakyat Malaysia.
McDonald’s Malaysia juga memulakan petisyen di seluruh negara di laman web Change.org supaya nasi lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, dengan sasaran mengumpul 1 juta tandatangan menjelang Hari Malaysia pada 16 September nanti.
Tahniah McDonald’s Malaysia kerana membawakan banyak menu yang melambangkan penduduk di Malaysia.
Sumber: Harian Metro