Jom Menangi Tiket Ke Tayangan Ekslusif Filem Playmobil: The Movie Secara Percuma

Hiburan

Jom Menangi Tiket Ke Tayangan Ekslusif Filem Playmobil: The Movie Secara Percuma

Siapa yang minat filem animasi kami ada berita gembira untuk anda. Kami ada 60 keping tiket untuk tayangan eksklusif filem Playmobil: The Movie untuk diberikan secara percuma! Jadi maknanya anda dapat menonton lebih awal daripada yang lain.

Diinspirasikan dari permainan kanak-kanak dengan nama yang sama, ia berkisarkan tentang pengembaraan dua beradik Charlie dan Marla dalam dunia animasi Playmobil. Ia bermula apabila Charlie secara tiba-tiba hilang ke dalam dunia Playmobil dan Marla perlu pergi menyelamatkannya.

Advertisement

Dia kemudiannya terpaksa berdepan penjahat, Emperor Maximus. Selain daripadanya, Marla juga bertemu dengan pemandu trak Del, ejen rahsia Rex Dasher, robot dan ramai lagi sepanjang pengembaraannya.

 

Tengok daripada trailer pun dah nampak best ni. Jadi bagi mereka yang ingin sertai tayangan ekslusif ini, kami sertakan maklumat lanjut mengenai tayangan:

Tempat: TGV Cinemas 1 Utama
Tarikh: 11 September (Rabu)
Masa: 9.00pm

poster filem playmobil
Untuk anda mendapatkan tiket percuma tayangan ekslusif Playmobil: The Movie anda perlu lengkapkan slogan yang berikut. “Filem animasi seronok ditonton kerana…” dan kami akan berikan tiket percuma bagi slogan paling kreatif dan menarik.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 September 2019 (Isnin) ini. Terima kasih kami ucapkan kepada TGV Cinemas dan jumpa anda di sana!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...