Jom Luangkan Masa Bersama Lee Zii Jia Di Love Hour, Siap Dapat ‘Fan Service’ Eksklusif!

Branded

Jom Luangkan Masa Bersama Lee Zii Jia Di Love Hour, Siap Dapat ‘Fan Service’ Eksklusif!

Bila sebut saja nama Lee Zii Jia, confirm ramai gadis akan cair betul tak? Mana taknya, bukan setakat handal bermain badminton, malah beliau juga mempunyai fizikal serta ketampanan seperti artis Korea! 

Kalau anda ingat lagi, Lee Zii Jia pernah viral di media sosial beberapa tahun lalu menerusi video-video yang disunting ala-ala seperti idola Kpop oleh peminat! Siap buat photocard lagi tau!

Jadi, untuk anda yang meminati Lee Zii Jia, kami ada berita gembira yang mana anda boleh berjumpa serta berinteraksi bersama pemain badminton perseorangan ini di event Love Hour! Paling penting, dia akan bagi anda SESUATU yang akan membuatkan anda cair!

Luang Masa Bersama Lee Zii Jia Di Event Love Hour!

OPPO Reno8 T 5G

Untuk pengetahuan, Lee Zii Jia menjadi duta untuk keluaran peranti terbaru OPPO iaitu OPPO Reno8 T 5G dan beliau akan menjadi pengurus selama sehari di My OPPO Space pada hari jualan pertama peranti ini tau. Wow, seriuslah?!

Menariknya, beliau turut akan memberikan servis melekat pelindung skrin telefon bimbit untuk pembeli terpilih tau! Paling penting di event Love Hour ini, anda dapat berjumpa dan luangkan masa bersama Lee Zii Jia secara lebih dekat! Fuhhh bestnya!

Berikut adalah butiran maklumat tentang event Love Hour:

Tarikh : 11 Februari 2023 (Sabtu)

Masa : 2:00 petang (*masa ketibaan Lee Zii Jia)

Masa pelancaran jualan produk : bermula jam 10:00 a.m.

Tempat: My OPPO Space, Pavilion Kuala Lumpur, Lot 4.37.00 & Lot 4.77.00, Level 4 (Zon Jingga)

Untuk anda yang membeli Reno8 T 5G terawal akan menerima kotak hadiah Lee Zii Jia edisi terhad eksklusif, termasuk casing phone yang ditandatangani, poskad Hari Valentine dan stand patung mini Lee Zii Jia! Hadiah ni sangat terhad, jadi siapa cepat, dia dapat!!

Kalau anda berminat untuk berinteraksi serta meluangkan masa bersama Lee Zii Jia secara lebih dekat, ikut saja langkah mudah di bawah:

Langkah 1: Prapesan OPPO Reno8 T 5G di mana-mana kedai OPPO atau kedai dalam talian rasmi OPPO

Langkah 2 : Daftar DI SINI untuk menyertai acara Love Hour

Senang saja kan? Hanya 5 pelanggan sahaja akan dipilih sebagai pemenang tau! 

Selain itu, anda juga boleh menyertai acara Love Hour dengan mengikuti langkah berikut:

Langkah 1 : Pergi ke mana-mana kedai jenama OPPO dan ambil gambar dengan standee Lee Zii Jia.

Langkah 2 : Muat naik gambar tersebut di Facebook atau Instagram serta beritahu kami “sebab mengapa anda mahu menjadi kekasih Lee Zii Jia”, dan kemudian tag #OPPOReno8T5G dan #ThePortraitExpert .

5 kapsyen yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang! Jadi, pastikan media sosial anda dalam keadaan umum tau! Tertakluk pada terma dan syarat.

OPPO Reno8 T 5G

Miliki OPPO Reno8 T 5G, Peranti ‘High End’ Yang Berpatutan

OPPO Reno8 T 5G

Haa, mesti anda tertanya-tanya tentang peranti keluaran terbaru OPPO iaitu OPPO Reno8 T 5G ni betul tak? Dengar cerita ia mempunyai ciri solid yang boleh didapati pada harga berpatutan. 

Untuk pengetahuan, OPPO Reno8 T 5G akan dilancarkan pada 7 Februari ini dan merupakan telefon pertama OPPO yang menampilkan Kamera Potret 108MP tau. Wow, bestnya!!

Apa yang menarik dengan peranti baru ini adalah ia direka bentuk dengan lengkungan mikro dwi pada bahagian hadapan telefon dan cover belakang, membuatkan ia lebih selesa untuk dipegang. 

Bukan itu saja, OPPO Reno8 T 5G menjadi peranti pertama OPPO yang dihasilkan dengan rekaan skrin melengkung 3D 120Hz yang menampilkan “lengkungan mikro” khas pada sudut 56 darjah yang tepat. Fuhhh, macam best je peranti baru OPPO ni?!

Nak tau apa yang lagi best? Kini anda boleh tangkap lebih banyak gambar yang berkualiti sebab buat pertama kalinya, OPPO hadir dengan ciri kamera potret 108MP untuk OPPO Reno8 T 5G! Pergh, ini yang kita mahukan!!

Menariknya, peranti ini turut menampilkan ciri 40 kali Microlens dan 2MP kamera Depth, serta 32MP kamera swafoto untuk pengalaman fotografi yang lebih baik. Haa, lepas ni bolehlah anda swafoto banyak-banyak! 

Dengan menggunakan teknologi binning NonaPixel Plus dan algoritma Resolusi Super Potret AI OPPO, kamera peranti ini dapat merakam imej ultra-jelas beresolusi tinggi dalam apa jua senario yang dapat memudahkan anda untuk edit dan crop gambar. 

Anda boleh dapatkan OPPO Reno8 T 5G dalam dua warna iaitu Sunrise Gold dan Midnight Black pada harga RM1,799 saja! Wow, dengan spesifikasi yang ada ni, kira berbaloi dan berpatutan tau! 

Nikmati Hadiah Bernilai Sehingga RM 377 Daripada OPPO

OPPO Reno8 T 5G

Fuhh, lepas tengok ciri-ciri yang ada pada OPPO Reno8 T 5G ni, terasa nak beli terus! Dah lah kamera bagus, siap boleh dapat kotak hadiah edisi terhad daripada Lee Zii Jia lagi! 

Nak tahu apa lagi best? Anda juga boleh dapat hadiah PERCUMA bernilai sehingga RM377 apabila anda membeli OPPO Reno8 T 5G tau! Ini termasuk:

– Enco Buds2 (bernilai RM129)

– Waranti lanjutan 1 tahun (bernilai RM109)

– Perlindungan kerosakan skrin 1 tahun (bernilai RM139)

Tempoh sah untuk anda dapatkan hadiah ini bermula 11 Februari sehingga 12 Mac 2023. Jadi, cepat dapatkan OPPO Reno8 T 5G di Kedai Jenama OPPO, My OPPO Space, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO dan pengedar sah untuk nikmati semua hadiah ini!

Selain itu, kalau anda beli awal di mana-mana My OPPO Space pada hari jualan pertama iaitu 11 Februari 2023, bermula jam 10 pagi, anda akan dapat lagi hadiah istimewa iaitu:

– 15 pelanggan pertama dapat menaik taraf Enco Buds2 kepada Enco Air3 baharu secara percuma (bernilai RM249)

– 15 pelanggan seterusnya hanya perlu menambah RM90 untuk menaik taraf Enco Buds2 kepada Enco Air3 baharu!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi OPPO atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...