Jom Lihat Rupa Jalur Gemilang Dalam Karekter Anime Untuk Sukan Olimpik 2020!

Teknologi

Jom Lihat Rupa Jalur Gemilang Dalam Karekter Anime Untuk Sukan Olimpik 2020!

Apabila sebut sahaja tentang anime pasti anda semua tahu ia adalah sejenis kartun yang dihasilkan oleh Negara Jepun dan telah mula mendapat sambutan hangat di Malaysia sekitar tahun 1990-an seperti Doraemon, Crayon Shin Chan dan Slam Dunk.

Semua orang juga pasti tahu Sukan Olimpik yang diadakan empat tahun sekali akan diadakan di Jepun pada tahun 2020 di Tokyo. Ia merupakan kali kedua Tokyo dipilih sejak tahun 1896 penganjurannya.

Advertisement

Jepun sangat menjaga budaya mereka dan telah menjadikan karakter anime daripada bendera setiap negara yang bertanding untuk sukan Olimpik Tokyo 2020.

Lebih membanggakan apabila laman ini memaparkan karaker manga yang mengenakan busana bercorak Jalur Gemilang, bendera kemegahan kita.

Advertisement

Menerusi laman sesawang yang sudah mula mempromosi temasya sukan terbesar itu, bendera setiap negara yang mengambil bahagian diimaginasikan semula dalam versi anime samurai.

Jalur Gemilang kita dipakaikan busana tradisional Jepun berwarna biru, merah dan kuning serta diberikan nama ‘Child of the Sun and Moon’.

Nama itu diselarikan dengan hiasan kepala anime samurai itu yang bertatahkan bulan dan bintang seperti simbol ikonik Jalur Gemilang itu sendiri.

Rekaan ini disertai dengan terjemahan Jepun untuk pepatah Melayu “Seperti mentimun dengan durian yang bermaksud perbandingan yang tidak sama rata antara yang lemah dengan yang kuat.

Selain itu, laman ini juga turut memaparkan karakter-karakter lain yang menggayakan ‘busana bendera’ kebanggaan negara jiran kita.

Indonesia

Advertisement

Filipina
Thailand
Singapura

Semoga negara-negara lain bersemangat untuk bertanding pada sukan Olimpik tahun hadapan!

Sumber: World Flags

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...