Jom Ketahui 5 Lokasi Pelancongan Ramadan ‘Friendly’ Di Malaysia

Travel

Jom Ketahui 5 Lokasi Pelancongan Ramadan ‘Friendly’ Di Malaysia

Kenangan indah saat bercuti pada bulan puasa cukup bermakna bagi orang yang memilih untuk melancong ketika waktu itu di beberapa negeri yang terdapat di Malaysia.

Berpuasa sering kali menjadi alasan kepada kita semua untuk tidak melakukan sebarang aktiviti luar yang memerlukan kita untuk bergerak termasuk pergi melancong.

Advertisement

Tetapi, ini bukanlah penghalang untuk anda melancong semasa bulan Ramadan bulan yang penuh kerberkatan.

Jom kita lihat beberapa negeri yang boleh diterokai bersama keluarga pada bulan puasa ini:

Langkawi

Sewaktu bulan puasa anda wajib singgah ke Dataran Lang. Ia adalah salah satu lokasi paling ikonik untuk anda menangkap gambar sebagai bukti bahawa anda telah berjaya menjejakkan kaki ke Langkawi.

Seterusnya, anda wajib menaiki kereta kabel dan berpeluang menaiki jambatan di antara kereta kabel. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menikmati panorama Pulau Langkawi yang sangat indah.

Tambahan pula, seni bina jambatan yang berbentuk melencong akan dapat melihat panorama yang cantik daripada perspektif menarik apabila berjalan-jalan melalui Skybridge ini.

Semasa bulan puasa, anda tidak digalakkan untuk menyertai aktiviti air, apa kata anda keluar membeli belah pada waktu siang. Kurang sikit rasa penat itu. Belilah coklat untuk dibawa pulang dan dijadikan buah tangan kepada tetamu pada sambutan hari raya.

Kedai makan banyak dibuka pada waktu malam, ia memudahkan anda semua berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib selepas itu. Pada bulan puasalah tiket penerbangan ke Langkawi amat murah, dan tidak ramai warga tempatan yang keluar melancong.

Ini dapat memudahkan urusan perjalanan anda pada bulan puasa.

Kelantan

Kota Bharu adalah bandar yang memiliki paling banyak tarikan terkenal di Kelantan, daripada istana-istana lama dan muzium-muzium dalam bangunan klasik.

Orang tak datang ke Kelantan untuk cari kepuasan hiburan tetapi untuk rasai kenikmatan puasa di sini.

Kebiasaanya, orang yang berkunjung ke Kelantan di seluruh negara akan berkunjung ke bazar terdekat atau bazar tumpuan rakyat di negeri Kelantan. Ia sebagai usaha memperoleh juadah yang dapat memberi kepuasan saat terdengar azan maghrib nanti.

Bazar yang paling terkenal di negeri Kelantan adalah di Stadium Sultan Muhamad Ke-4, Kota Bharu.

Pada bulan puasa ini, carilah kuih-muih  mereka yang sukar untuk anda semua dapati pada hari biasa seperti Tahi Itik, Jale Emas, Akok, Bunga Tanjung dan pelbagai lagi.

Selesai sahaja menunaikan tarawih, singgahlah ke mana-mana gerai yang menjual colek. Juadah ini hanya dijual pada bulan puasa sahaja.

Cameron Highland

Jika anda ingin rasa sejuk dan kurangkan kehangatan di rumah pada bulan puasa, singgahlah ke Cameron Highland untuk berehat melihat pemandangan yang cukup menyamankan.

Suasana meriah bulan Ramadhan di Brinchang dimana anda boleh beli makanan di bazar yang terdekat dan melakukan ibadah di masjid.

Semasa melakukan ibadah berpuasa disini, anda akan kurang berasa haus kerana suhunya agak sejuk dan ia memudahkan anda semua untuk berjalan-jalan di ladang teh dan juga melakukan aktiviti memetik buah strawberi.

Waktu ini memang sangat kurang warga tempatan yang bercuti, jalan pun tak sesak dan tidak ramai orang. Ini amat memudahkan anda yang ingin bercuti pada waktu ini bersama keluarga.

Satu lagi, anda mampu menjimatkan wang  kerana tidak perlu makan berulang kali pada bulan puasa.

Melaka

Negeri Melaka adalah salah satu daripada negeri yang paling menarik untuk dikunjungi di Malaysia kerana nilai sejarahnya dan juga kerana adanya pelbagai tarikan pelancongan lain. Apa yang lebih membanggakan, negeri Melaka juga adalah Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO kerana nilai universalnya.

Di Melaka, pada bulan puasa anda boleh berjalan-jalan di sekitar kawasan yang bersejarah kerana tidak ramai orang tempatan pada bulan yang mulia ini. Para pelancong yang ke sana kebanyakkannya adalah dari luar negara.

Selesai berjalan di sekitar bandaraya Melaka, anda tidak payah pening-pening nak berbuka puasa dimana. Jalan kaki sahaja ke bazar di Dataran Pahlawan untuk membeli juadah berbuka puasa.

Bukan itu sahaja, anda boleh menikmati juadah berbuka puasa di tempat terbuka secara berkelah di padang awam ataupun dataran lepak yang lapang. Selain itu pada bulan puasa, pasti ada bazar-bzar bersebelahan dengan destinasi ini dan lokasi masjid sangat berdekatan supaya senang untuk pengunjung menunaikan solat Maghrib ataupun solat Terawih secara berjemaah sesudah berbuka.

Bagi anda yang teringin ke Pantai Klebang, singgahlah pada waktu malam kerana ianya sangat meriah pada bulan puasa kerana banyak gerai yang di buka daripada makanan hingga ke baju raya turut di jual. Ianya hanya di buka pada bulan puasa sahaja.  Sambil berjalan-jalan di tepi pantai, rehat sebentar saksikan pemandangan laut yang sangat cantik.

Pulau Pinang

Pulau Pinang, atau lebih selesa dipanggil Penang adalah antara negeri yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Dari laut, hutan, dan juga bukit boleh dilawati.

Jika anda ke Pulau Pinang semasa bulan puasa, apa kata anda kunjungi Bukit Bendera pada waktu berbuka puasa.

Mengapa nak naik buka puasa di atas Bukit Bendera? Apa yang menariknya? Cuba sesuatu yang lain iaitu berbuka puasa di tempat tinggi sambil menikmati pemandangan Pulau Pinang yang sangat cantik pada waktu malam.

Tak rugi anda ke Bukit Bendera pada bulan puasa kerana tak ramai warga Malaysia yang pergi bulan ini dan tidak payah beratur panjang. Tetapi anda kena ingat, sebelum naik Bukit Bendera singgahlah ke bazar yang berdekatan kerana tiada kedai yang di buka pada bulan puasa.

Berbuka puasa sambil melihat pemandangan sudah menenangkan jiwa dan perut juga akan kenyang hari itu walaupun makanan tak sedap.

Waktu Maghrib di Puncak Bukit Bendera 3 minit lewat berbanding dengan kawasan lain di Pulau Pinang. Anda juga tidak perlu risau untuk menunaikan solat Maghrib selepas berbuka puasa. Ini kerana di atas ini terdapat Masjid Bukit Bendera berhampiran dengan sebuah kuil.

Di Malaysia juga anda semua boleh bercuti pada bulan puasa. Jangan ingat hanya luar negara sahaja. Apalagi lawatlah 5 tempat ini bersama keluarga kerana ia dapat menjimatkan duit anda pada bulan keberkatan ini sambil menikmati pemandangan di negeri-negeri tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...