Jom Ketahui 10 Fakta Menarik Tentang Hari Raya Haji Yang Ramai Tak Tahu

Kehidupan

Jom Ketahui 10 Fakta Menarik Tentang Hari Raya Haji Yang Ramai Tak Tahu

Umat Islam ada menyambut dua perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji ataupun dipanggil sebagai Hari Raya Aidiladha.

Sekadar makluman Hari Raya Haji ini disambut atas memperingati kisah Nasib Ibrahim A.S yang hampir mengorbankan anaknya, Nabi Ismail A.S seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan kisah ini telah membuktikan kesetiaan Nabi Ibrahim A.S terhadap Allah S.W.T.

Advertisement

Bagaimanapun, ada beberapa fakta menarik yang kami akan kongsikan kepada anda yang perlu diketahui mengenai Hari Raya Aidiladha.

1. Haiwan yang ingin disembelih perlu diambil dari baka yang elok dan tidak mempunyai sebarang kecacatan seperti buta, kurus, tempang dan lain-lain.

Fakta hari raya korban

2. Seseorang yang ingin menjalankan ibadah korban, mereka dilarang untuk memotong kuku dan menggunting rambut mula pada tanggal 1 Dzulhijjah hingga selesainya ibadah korban tersebut.

Fakta hari raya korban

3. Sunat hukumnya buat orang yang ingin menyembelih itu menggunakan tangannya sendiri.

Fakta hari raya korban

4. Penyembelihan haiwan dilakukan selepas selesainya solat sunat Aidiladha dan tidak dibenarkan menyembelih selepas 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Fakta hari raya korban

5. Seseorang yang melakukan korban dibenarkan untuk berkongsi pahala untuk dirinya serta pihak keluarga dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian yang disembelih.

Fakta hari raya korban

6. Pisau yang digunakan perlulah tajam dan penyembelihan perlu dilakukan dengan pantas kerana ingin memastikan haiwan yang disembelih tidak terseksa dan mati serta merta.

Fakta hari raya korban

7. Penyembelihan korban akan dilakukan selepas selesai menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha.

Fakta hari raya korban

8. Sunat untuk melakukan korban kerana untuk makan serta membahagikan daging korban kepada orang lain.

Fakta hari raya korban

9. Pada mereka yang melakukan ibadah korban sebelum solat sunat Aidiladha, maka daging berkenaan hanyalah boleh disedekah dah bukannya dianggap sebagai daging korban.

Fakta hari raya korban

10. Solat sunat Aidiladha dilakukan di masjid atau tempat terbuka dimana khatib boleh melihat keseluruhan hadirin yang hadir.

Fakta hari raya korban

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

peguam siti bainun
3 years ago

"Ramai Pamerkan Kebodohan" - Peguam Nurul Hafidzah Bagi Pesanan 'Pedas' Pada Pemfitnah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...