Jom Kenali Vivy Wanita Penakluk Dunia Fesyen

Fesyen

Jom Kenali Vivy Wanita Penakluk Dunia Fesyen

Dengar sahaja nama Datin Vivy Yusof anda semua sudah tahu bahawa beliau adalah pemilik kepada empayar Fasion Valet dan Duck Group.

Vivy mengambil kesempatan dengan menjadikan minat terhadap fesyen yang mendalam sebagai sumber pendapatan yang lumayan dan salah seorang wanita penakluk bisnes dunia fesyen.

Advertisement



Beliau pada usia 32 sudah dinobatkan dengan pelbagai anugerah berkat usaha beliau dalam memajukan perniagaannya.

Bukan sahaja di Malaysia beliau berjaya menempa nama, tetapi di persada antarabangsa selepas bergelar pengasas Fashion Valet yang memasarkan lebih daripada 150 jenama tempatan di bawah satu bumbung.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu tahu bahawa beliau merupakan seorang blogger, ikon fesyen, dan antara perintis dalam dunia perniagaan dalam talian di Malaysia.

Ramai wanita kagum dengan semangat dan kesungguhan Vivy Yusof, terutama sekali beliau mampu menguruskan perniagaan walaupun pada ketika itu saat awal kemunculan fesyen atas talian di Malaysia.

Apakah pencapaiaan wanita hebat ini yang anda semua perlu tahu?

Dunia keushawanan

Vivy memenangi banyak anugerah antaranya Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee untuk anugerah Great Women of Time Awards 2015, 60 Wanita Inspirasi Nona, Young Entrepreneur Award daripada Tribute To Women Malaysia dan banyak lagi.

Pada April 2017, Vivy disenaraikan sebagai salah satu daripada Forbes 30 Under 30 di Asia.

Dunia fesyen

Top 5 kategori Fesyen MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2017 dan Top 5 Personaliti Media Sosial di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.

Ikon Media sosial

Sejak 10 tahun dahulu beliau adalah salah seorang penulis blogger terbaik di Malaysia dengan 250 ribu pembaca di blognya iaitu Proudduck.

Beliau juga telah mengambil bahagian selama dua tahun sebagai juri ‘AirAsia Runway Ready Designer’. Ia adalah pencarian pereka fesyen terbuka kepada individu bagi mana-mana warganegara, berumur bawah 30 tahun yang menetap di mana-mana 10 buah negara Asean.

Dimana Vivy sebagai salah seorang panel hakim melakukan perjalanan ke seluruh Asia Tenggara mencari nama besar dalam fesyen Asia.

Vivy adalah seorang wanita yang kuat berusaha demi memunuhi cita-citanya sejak dari kecil. Kepada wanita di luar sana, anda perlu percaya anda juga boleh berjaya seperti beliau satu hari nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...