Jom Kenali 5 Jenis Kurma Paling Sedap & Popular Di Malaysia

Makanan

Jom Kenali 5 Jenis Kurma Paling Sedap & Popular Di Malaysia

Bersempena bulan ramadan yang mulia ini, tidak sah lah jika juadah bersahur atau berbuka tidak disertakan dengan makanan sunnah, buah kurma ini kan.

Kalau sebelum ini kita hanya tahu makan, apa kata kita kenali pula jenis kurma yang popular dekat Malaysia ni. Nampak serupa tapi sebenarnya berbeza tau.

Advertisement

KURMA AJWA

1. Kurma Ajwa

Kurma ajwa adalah jenis kurma kesukaan Nabi berasal dari Madinah dan juga yang paling diminati oleh umat muslim di dunia. Ciri-ciri kurma ajwa yang asli adalah:
  • Warnanya hitam pekat.
  • Ada beberapa garis kecil.
  • Rasanya sedang, tidak terlalu manis.
  • Bertekstur lembut.

KURMA MAJDOUL

2. Kurma Medjool (Majdoul)

Kurma Medjool tumbuh di iklim yang panas kering seperti di Timur Tengah dan Afrika.

Isi buahnya gemuk, lembab, dan manis. Kadang disebut sebagai Cadillac-nya kurma. Kurma ini mengandungi serat dan mineral penting seperti potassium, magnesium, tembaga, dan mangan.

  • Berwarna coklat gelap.
  • Rasa sederhana manis dan berlemak.
  • Isi buahnya gemuk dan bertekstur lembut.
  • Sedap di buat susu kurma.

KURMA SAFAWI

3. Kurma Safawi

Kurma Safawi terkenal di Madinah dan Mekah Berwarna coklat gelap, rasanya lazat manis mirip dengan rasa kurma Ajwa, isi buahnya lembab dan bertekstur lembut.

Kebiasaannya, pohon kurma Safawi adalah produktif, itulah yang membuat kurma Safawi lebih banyak tersedia dan mudah didapat dibanding kurma lain.

  • Berwarna coklat gelap.
  • Rasanya lazat manis mirip dengan rasa kurma Ajwa.
  •  Isi buahnya lembab dan bertekstur lembut.

KURMA DEGLET NOUR

4. Kurma Deglet Nour (Kurma bertangkai)

Kurma Deglet Nour berwarna kemerahan hingga kekuningan, rasanya halus meski tidak semanis dan selembab kurma Medjool. Deglet Nour adalah kurma yang paling banyak ditanam di Afrika Utara.

Kurma ini disebut Deglet Nour kerana membawa maksud kurma cahaya (tembus cahaya). Uniknya, biji dalam isi buah boleh dilihat saat kurma ini didekatkan ke cahaya. Ia juga dikenali sebagai kurma bertangkai di Malaysia.

  • Warna kemerahan hingga kekuningan.
  • Rasanya halus meski tidak semanis dan selembab kurma Medjool.

 

KURMA MABROOM

5. Kurma Mabroom

Memiliki buah yang ramping, panjang, dan padat. Rasanya tidak terlalu manis. Kurma Mabroom kaya akan serat, vitamin, dan mineral. Termasuk kurma kelas premium dan mahal harganya.
  • Berwarna coklat gelap.
  • Memiliki buah yang ramping, panjang, dan padat.
  • Rasanya tidak terlalu manis.
  • Tekstur sedikit liat.

Ha, dapat sesuatu tak? Yang pasti semua kurma diatas ada khasiatnya yang tersendiri. Sebenarnya ini antara kurma popular, kalau diikutkan masih ada lagi jenis kurma yang lain tau!

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua, selamat menjalani ibadah puasa semua.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...