Korang mesti pernah dengar tentang siri Korea terbaru di Netflix yang bertajuk ‘Squid Game’ kan? Boleh dikatakan, pengaruh yang dibawa pada siri ini mencanak naik sejak mula ditayangkan pada 17 September lalu. Kalau korang masih belum mempunyai peluang untuk menonton siri ini, apa tunggu lagi?
Sekarang ini, ‘Squid Game’ nampaknya terus mengganas di persada antarabangsa apabila mengekalkan jumlah trending yang banyak di pelbagai negara. Malah, ia boleh diibaratkan sebagai satu fenomena kerana sering tular dan menjadi trending di laman media sosial.
Masih mengekalkan No. 1 di ranking program TV popular di Netflix Global selama 5 hari, ianya juga menunjukkan prestasi yang hebat apabila menduduki tangga teratas dalam ranking Netflix di 76 negara. Hebat bukan?
Bagi korang yang belum tahu, terdapat beberapa permainan tradisional Korea yang diadaptasikan di dalam siri ‘Squid Game’ ini. Jumlah permainan yang dimainkan adalah 6 dan permainan terakhir adalah permainan squid game itu sendiri.
Menurut sumber daripada KBIZoom, berikut merupakan 5 permainan tradisional Korea yang dipaparkan dalam siri tersebut. Bagi permainan terakhir iaitu permainan squid game, korang boleh checkout sendiri okay!
Kalau korang masih belum tonton siri ini, Spoiler alert!
1. Lampu Merah, Lampu Hijau (Red Light, Green Light)
Dalam episod pertama, permainan pertama di antara enam permainan yang dimainkan dalam siri ‘Squid Game’ ini adalah permainan ‘Lampu Merah, Lampu Hijau’.
Permainan ‘Lampu Merah, Lampu Hijau’ ini merupakan permainan dengan peraturan mudah iaitu peserta perlu sampai ke seberang tetapi hanya boleh bergerak ketika anak patung itu menyanyi.
Apabila anak patung berpusing dan ada pemain yang ditangkap bergerak, anak patung itu boleh merasakannya dan pemain itu dikira tersingkir, dengan erti kata lain iaitu pemain itu dibunuh.
2. Gula Sarang Madu (Sugar Honey Combs)
Permainan kedua yang dimainkan adalah permainan Gula Sarang Madu yang dipaparkan di episod ketiga. Dalam permainan Gula Sarang Madu ini, peserta diminta memilih salah satu daripada empat bentuk yang berbeza iaitu bulat, segitiga, bentuk bintang dan bentuk payung.
Selepas memilih, peserta diberi sisir gula dan sebatang jarum. Kemudian, mereka perlu mengukir keluar bentuk yang telah dilukis di atas sisir gula tersebut tanpa memecahkan mana-mana bahagian. Permainan ini sebenarnya sukar kerana gula-gula sangat nipis dan mudah pecah.
Ia mungkin kelihatan mudah tetapi setelah anda mula bermain, anda akan menyedari bahawa permainan ini untuk kanak-kanak boleh menjadi sangat sukar bagi mereka yang kekok atau tidak sabar.
3. Tarik Tali (Tug Of War)
Tarik tali merupakan permaian ketiga yang dimainkan oleh peserta dalam siri ‘Squid Game’ tersebut dan ditayangkan dalam episod keempat. Para peserta perlu bermain permainan tarik tali tetapi pada tahap yang lebih tinggi.
Bendera perlu melintasi garis tengah bagi membolehkan satu pasukan itu diisytiharkan sebagai pemenang. Ia tidak sama seperti permainan tarik tali biasa yang dimainkan atas tanah supaya dapat kurangkan kesakitan ketika jatuh.
Permainan Tarik Tali versi ‘Squid Game’ mengatur permainan di jambatan yang sangat tinggi menyebabkan orang yang jatuh ke tanah diisytihar kalah dan kehilangan nyawa mereka selepas itu.
4. Permainan Guli (Marbles)
Permainan keempat merupakan permainan guli yang ditayangkan dalam episod keenam. Siapa yang tidak tertarik dengan guli berkilau ketika kecil kan?
Namun dalam ‘Squid Game’, bermain guli adalah salah satu adegan paling memilukan, menonjolkan persahabatan, pengkhianatan, dan pengorbanan para pemain.
Bagi permainan ini, peserta diberi satu kantung kecil berisi sepuluh biji guli masing-masing dan perlu memilih seorang individu lain untuk menjadi pasangan.
Peserta kemudian perlu bersaing dengan pasangannya untuk bermain permainan yang melibatkan guli. Individu yang berjaya mendapatkan semua guli pihak lawan dikira sebagai pemenang.
5. Jambatan Kaca (The Glass Stepping Stones)
Jambatan kaca merupakan permainan kelima yang dimainkan oleh para peserta dalam siri ‘Squid Game’ tersebut dan ditayangkan dalam episod ketujuh.
Bagi permainan kelima ini, para peserta diminta melintasi jambatan kaca yang mempunyai platform kaca diperbuat daripada kaca tempered dan juga kaca biasa.
Platfrom diperbuat daripada kaca tempered adalah lebih tahan berbanding kaca biasa, jadi peserta perlu memilih dengan bijak. Sekiranya mereka memilih platform kaca yang salah, mereka akan jatuh ke tanah dan kehilangan nyawa mereka.
Demikian sahaja senarai lima permainan tradisional Korea yang telah diadaptasikan ke dalam siri Netflix ‘Squid Game’ ini. Permainan tradisional ini sebenarnya tidak merbahaya dan selalu dimainkan oleh kanak-kanak di Korea. Namun, permainan telah diubah suai sedikit di dalam siri tersebut.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara