Jom Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Edisi Ke-9 26-28 Disember Ini

Hiburan

Jom Ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) Edisi Ke-9 26-28 Disember Ini

Yeah~~ Hujung tahun kalau tak berkahwin, apa lagi nak buat kan? Hehehe. Musim cuti sekolah memang musim makan kenduri. Masa ini jugaklah para bakal pengantin membuat persiapan untuk majlis mereka yang bakal diadakan. Mesti ramai yang tengah pening kepala kan? Semuanya pernah Abang Nara lalui. Jangan risau sebab Malaysia Wedding Festival (MEFA) Edisi Ke-9 akan dianjurkan pada 26-28 Disember ini.

mefa 2014

Advertisement

Dengan FamilyNara dan SetelKahwin sebagai official partner, MEFA kali ini menjanjikan penyertaan lebih daripada 70 vendor dari perancang perkahwinan, butik pengantin, katering, fotografi, hotel dan sebagainya pasti membuatkan bakal-bakal pengantin rambang mata untuk membuat pilihan. Senang cerita kalau pergi MEFA semua benda boleh setel lah. Kad kahwin setel, makanan setel, pelamin setel. Cuma anda perlu membuat pilihan yang tepat dan bijak ketika berada di MEFA. Promosi yang akan ditawarkan semuanya best-best. Pilihlah yang bersesuaian dengan anda.

Selain itu, MEFA yang bakal berlangsung di SACC Mall turut sama menyaksikan kehadiran Mila AF. Mila akan mempunyai tapak pamerannya sendiri untuk mempromosikan katering yang disediakan iaitu Bizmilla Catering. Selain itu dengan kerjasama media iaitu IM4UFM, MEFA akan menganjurkan Pertandingan bertajuk “Once Upon A Wedding”,dimana pertandingan ini menyediakan hadiah berupa pakej bulan madu, fotografi, kad kahwin, pelamin dan lokasi perkahwinanbernilai keseluruhan RM30,000 untuk direbut kepada bakal-bakal pengantin tahun 2015. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.im4ufm.my.

mefa 2014

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang pameran yang pasti dinantikan oleh semua iaitu Pertunjukan Fesyen, demo ukiran buah dan pemakaian tudung, persembahan nyanyi, pertandingan make up artis dan sesi ber”selfie”. Pertandingan tradisi setiap tahun yang paling dinanti-nantikan ialah Piala Seri MEFA 2.0 dimana kali ini konsep pertandingan mengutamakan “urban songket” yang akan dikendalikan oleh Yann Rifft Team. Ini adalah peluang untuk pereka fesyen, model dan makeup artis yang baru mula mencari platform untuk diketengahkan.

Untuk pengguna-pengguna Instagram yang gemar ‘upload’ gambar, MEFA akan memperkenalkan peraduan mudah untuk direbut sepanjang bulan disember ini. Tidak ketinggalan juga penggemar facebook pun boleh dapatkan info peraduan nanti.

Untuk memudahkan pengunjung yang akan hadir ke MEFA nanti, penganjur akan menyediakan maklumat terkini melalui saluran sosial media di Instagram iaitu MEFAPENGANTIN, Facebook: Malaysia Wedding Festival (MEFA) dan juga laman web iaitu www.mefa.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...