Sebelum Ramadhan tiba awal bulan Mei ini, pasti ada diantara anda yang akan ke bercuti ke Langkawi membawa keluarga bersiar-siar di tepi pantai bagi menenangkan fikiran sambil membeli coklat untuk di buat bekalan pada bulan Ramadhan akan datang.
Bukan tidak boleh lakukan percutian pada bulan puasa, tetapi ia agak memenatkan diri anda untuk melancong pada waktu itu. Pada waktu itu juga anda tidak boleh makan dan minum, jadi anda akan berasa lemah sedikit untuk berjalan-jalan.
Kepada anda yang akan ke Langkawi pada hujung minggu ini, apa kata anda singgah di beberapa pantai yang terbaik di sana untuk melihat sendiri keindahan pantai-pantai yang cantik disana.
Jika singgah jangan lupa bawa baju tambahan, rugi jika anda pergi tidak mandi. Hanya duduk di pasir sahaja.
Disini kami senaraikan 6 pantai yang anda boleh kunjungi:
Pertama
Pantai Chenang
Pantai yang paling panjang dan terkenal dengan para pelancong dan juga warga Malaysia. Pasir lembut yang di penuhi dengan pokok kelapa dan resort menampakkan pemandangan Pulau Tepur dan Pulau Rebak di seberang.
Di sini anda juga boleh berjalan-jalan untuk melihat pelbagai kedai, restoran dan bar bebas cukai di sepanjang jalan. Selain bersantai dan menikmati pemandangan matahari terbenam anda juga berpeluang berenang di air yang tenang.
Kedua
Pantai Tengah
Bagi anda yang sukakan ketenangan dan tidak berminat ke tempat yang ramai orang seperti Pantai Chenang, pergilah ke Pantai Tengah untuk berehat dan lebih privasi. Di sini anda dan keluarga bolehlah berhibur bersama-sama dengan beberapa aktiviti sukan air seperti menaiki banana boat dan jet ski.
Ketiga
Pantai Kok
Pantai terbaik di Langkawi untuk anda yang gemarkan percutian mewah dengan keindahan pasir pantai yang berwarna putih dan banyak pilihan resort mewah di sini. Pantai Kok terletak di pantai barat berhampiran dengan Langkawi Cable Car.
Bagi mereka yang datang berbulan madu sebelum bulan puasa tiba, menginaplah di Pantai Kok untuk menikmati keindahan matahari terbenam pada waktu senja sambil menikmati air kelapa ataupun jus di bar yang menghadap pantai.
Kempat
Pantai Pasir Tengkorak
Pantai ini agak tersembunyi di bahagian utara. Ia menyediakan anda dengan tempat yang terpencil untuk anda menikmati pantai yang dikelilingi oleh kawasan berhutan. Di Pantai Pasir Tengkorak, anda boleh menikmati air laut yang jernih sesuai untuk berenang bersama anak-anak di pantai persendirian ini yang bakal menjadi milik keluarga anda untuk hari itu.
Cuma ingat berhati-hati dengan monyet liar dan tiada banyak kemudahan awam di sana.
Kelima
Pantai Pasir Hitam
Terletak beberapa kilometer di barat daya Tanjung Rhu yang terkenal dengan legenda menyelubungi pantai misteri ini. Dari kisah helang gergasi dan bangkai kapal ke keajaiban geologi dan abu dari padi beras terbakar, tiada siapa tahu asal-usul warna pasir itu.
Jika anda ke sini, berjalan-jalanlah di sepanjang pantai dan anda akan berpeluang melihat jeti kayu tradisional di perkampungan nelayan berdekatan.
Keenam
Pantai Tanjung Rhu
Pantai Tanjung Rhu digambarkan sebagai syurga berpasir. Pasir putih yang diwarnakan oleh pokok palma sebagai batu kapur dari perairan yang cetek.
Disini airnya yang jernih mempunyai pelbagai jenis kehidupan marin dan anda sekeluarga berpeluang untuk melihat terumbu karang dan ikan yang berwarna-warni ini dengan menyewa peralatan snorkeling.
Di Pantai Tanjung Rhu, terdapat beberapa pusat peranginan dan hotel. Walaupun Pantai ini agak kecil berbanding dengan pantai-pantai lain di Langkawi, pemandangannya sangat cantik dan juga unik.
6 pantai di Langkawi telah kami kongsikan kepada anda. Nanti jika pergi bersama keluarga jangan lupa singgah ke pantai-pantai yang telah dicadangkan.
Selamat bercuti sebelum menyambut bulan Ramadhan kepada anda sekeluarga. Apa-apa pun keselamatan anda sekeluarga perlu diutamakan.