Pembelajaran adalah satu proses yang tidak pernah berhenti. Setiap hari dalam kehidupan, kita akan belajar sesuatu yang baru. Jadi apabila mengetahui Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L akan diadakan hujung minggu ini (16-17 November), Abang Nara memang jadi sangat teruja.
Bertempat di Shah Alam Convention Centre, Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat My3L ini dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tak sabar rasanya nak pergi kerana banyak ilmu baru yang boleh diperolehi menerusi karnival yang bakal dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Yassin yang merupakan Menteri Pendidikan Malaysia.
- Sherry Ibrahim – Zumba Dance
- Anding AF – Zumba Dance n Excuse Me
- Ryzal Jaafar – Zumba Dance
- Sheila Abdul – Zumba Dance
- Chef Zubir Masterchef – Demo Masakan
- Dato’ Fazley – Demo Masakan dan Persembahan Nyanyian
- Nash – Persembahan Nyanyian
- Nubhan AF – Persembahan Nyanyian
- Dato’ Maznah – Aktiviti Bersama Ikon
- Shahri Fuyoo Magic – Persembahan Silap Mata
- Fizo Omar – Program Kursus Pendek
- Datin Norjuma – Program Penggayaan Tudung
- Saiful Nang – Bicara Foto bersama Saiful Nang
Abang Nara kalau dapat jumpa Datin Norjuma pun dah cukup puas hati dah. Banyak nak tanya soalan mengenai business tudung bawal beliau. Mesti banyak tips dan teknik yang Datin Norjuma akan kongsikan. Inilah peluang kita semua untuk belajar secara “direct” dengan selebriti-selebriti dan para usahawan yang bakal berada di sana dari jam 9 pagi sehingga 6 petang.
TEMPAT: Shah Alam Convention Centre
TARIKH: 16 & 17 November 2013
MASA: 9 pagi hingga 6 petang
Jadi kepada anda yang kelapangan masa, jangan lupa untuk menyertai Karnival Pembelajaran Sepanjang My3L hujung minggu ini. Bawa sekali ahli keluarga, rakan-rakan dan anak-anak anda. Banyak aktiviti menarik yang bakal dilakukan di sana. Untuk informasi lanjut, LIKE Facebook My3L dan layari laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.