Sempena tahun baru 2011 yang lepas, Abang Nara dah buat list untuk azam yang hendak dicapai tahun ini. Sekarang dah bulan November, antara azam-azam yang sudah tercapai ialah:-
1. Jadi seorang suami.
2. Honeymoon di tempat belajar dulu, Korea
3. Jumpa Yunalis Zarai live
Tapi ada satu azam nie dah dekat 6 tahun nak tunaikan tapi tak berjaya-jaya. Ingatkan dah kahwin bolehlah berhenti, tapi masih gagal lagi sehingga hari ini.
Berhenti merokok. Nampak mudah, tapi ternyata susah gila-gila punya. Abang Nara mula merokok sejak tahun 2003. Sehingga kini masih tak ada tanda-tanda nak berhenti walaupun tahu merokok sangat membahayakan kesihatan. Sekali sekala apabila membaca tentang penyakit-penyakit yang boleh datang akibat merokok, seriau jugak darah Abang Nara dibuatnya.
1. Merokok boleh menyebabkan mati pucuk
Ini kesan yang paling Abang Nara takuti. Iyerlah, rasanya semua orang tahu betapa pentingnya hubungan seksual antara suami dan isteri. Kalau dah mati pucuk, memang bukan sahaja boleh meruntuhkan rumah tangga, confidence sebagai seorang lelaki pun boleh hilang terus. Seram ~~~
2. Merokok boleh mengakibatkan serangan sakit jantung dan kerosakan otak
Yang ini pun seram jugak. Sekarang pun kadang-kadang Abang Nara dah terasa sakit dan berdenyut-denyut di bahagian dada. Yang tambah menakutkan ialah serangan sakit jantung ini boleh menyerang secara tiba-tiba. Itu belum kira sel-sel otak yang dah mati akibat merokok.
3. Merokok membahayakan orang tersayang dan anak dalam kandungan
Semenjak dah kahwin ini, Abang Nara dah berjaya kurangkan jugaklah kadar merokok. Kalau dulu confirm satu kotak sehari, sekarang separuh kotak pun tak sampai. Paling penting, Abang Nara dah tak merokok bila wife ada. Lagi-lagi wife tengah mengandung. Rasanya semua tahu kesan asap rokok kepada orang di sekeliling terutamanya kepada ibu mengandung.
Banyak lagilah bahaya merokok ini. Abang Nara pernah cuba nak berhenti hisap rokok satu ketika dahulu tetapi gagal. Badan menggeletar bila tak dapat merokok selepas beberapa hari. Mungkin selepas ini Abang Nara perlu hadiri kaunseling atau pun berjumpa doctor untuk berhenti merokok sepenuhnya. Lagi-lagi selepas membaca fakta dan melihat gambar di bawah:-
Di Malaysia, merokok menyumbang lebih 10,000 kematian setiap tahun. Dan lebih daripada 100,000 rakyat Malaysia dimasukkan ke hospital akibat penyakit seperti kanser, sakit jantung dan strok yang berpunca daripada merokok
Seram kan? Abang Nara faham perasaan seorang perokok tegar sebab Abang Nara pun boleh dikira sebagai seorang perokok tegar. Namun begitu, marilah kita sama-sama cuba berhenti merokok bersama-sama. Kalau tak boleh berhenti terus pun, berhentilah sedikit demi sedikit. Kalau tak sayangkan diri sendiri, sayangkanlah anak bini kita.
Dan untuk makluman anda, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjalankan peraduan gambar paling kreatif untuk kempen Tak Nak ini. Syaratnya sangat senang. Cuma ambil gambar sekreatif mungkin bersempenan kempen Tak Nak tetapi gambar tersebut mestilah TIADA sebarang rokok atau kotak rokok. Mencabar kan? Tapi hadiah-hadiah dia menarik sangat-sangat:-
- Tempat pertama – wang tunai RM 1,000.00
- Tempat Kedua- wang tunai RM 700.00
- Tempat Ketiga- wang tunai RM 500.00
- Tempat Keempat- wang tunai RM 300
- Tempat Kelima- wang tunai RM 150
- Hadiah Saguhati – voucher bernilai RM50
Markah untuk penyertaan akan diberikan 50% secara undian dan 50% oleh juri daripada Kementerian Kesihatan. Lebih info di www.gayahidupsihat.my.
P.S: Jangan lupa LIKE http://www.facebook.com/TAK.NAK.MEROKOK kalau anda menyokong usaha murni ini. Banyak info, tips, maklumat tentang bahaya merokok dan kempen-kempen yang sedang dijalankan dimuatkan di sana.