December 24th, 2014

FUKUBUKURO. Pertama kali Abang Nara cuba nak sebut perkataan ini, memang berbelit lidah dibuatnya. Rupa-rupanya FUKUBUKURO ini adalah perkataan Jepun. Patutlah susah nak sebut. Namun kalau anda seorang insan yang gemarkan promosi/sales/harga runtuh, sila ingat perkataan FUKUBUKURO. Ini kerana ia membawa maksud ‘lucky bag’ yang akan dipenuhi dengan kejutan. Kejutan yang macam mana? Excited tak nak tahu?

hidy di malaysia

Buat julung-julung kalinya, HiDY bakal membawakan FUKUBUKURO yang pertama di Malaysia. Acara yang akan hanya berlangsung satu hari ini (25/12) di 46, Lorong Dataran Wangsa, Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Melawati pasti akan membuatkan anda teruja dan gembira sangat-sangat.

hidy di malaysia

Meh sini Abang Nara terangkan macam mana FUKUBUKURO di HiDY akan berlangsung esok. Ada 110 ‘lucky bag’ bernilai RM50, RM80, RM100, RM150 dan RM200 untuk dibeli oleh anda esok. Apa yang ada di dalam beg-beg ini adalah misteri. Mungkin dalam beg RN100 akan mempunyai baju HiDY dan kasut CIPELA. Atau mungkin kedua-duanya kasut CIPELA. Dan pelbagai lagilah kemungkinan. Yang pasti nilai sebenar isi kandungan di dalam beg itu adalah sangat TINGGI berbanding dengan harga yang perlu anda bayar. Memang untung sangat-sangatlah.

hidy di malaysia

Hanya bila korang beli beg-beg ini dan bukanya barulah boleh tahu apa yang korang dapat. Jangan risau sebab semua isi kandungan di dalamnya dijamin BEST. Kalau datang dengan kawan, bolehlah korang bertukar-tukar beg sesama sendiri. Selain daripada FUKUBUKURO ini, HiDY juga akan mengadakan jualan sehingga 80% diskaun esok di butiknya. Tak dapat beg tapi dapat beli barangan HiDY dengan harga super murah pun ok jugak kan?

hidy di malaysia

Abang Nara dan wife pun akan berada di sana lebih kurang jam 11 pagi. Nak try juga dapatkan ‘lucky bag’ ini. Mana tahu ada rezeki dapat isi yang SUPER best. Korang pun jomlah datang beramai-ramai. Maklumat lanjut boleh tengok kat www.hidy.com.my atau ikuti Instagram HiDYCollection.


Comments are closed.

Loading...