Jom! Jalan-Jalan Sambil Tengok Bunga Sakura Di 10 Lokasi Menarik Di Okinawa

Hiburan

Jom! Jalan-Jalan Sambil Tengok Bunga Sakura Di 10 Lokasi Menarik Di Okinawa

Untuk yang nak jalan-jalan di Jepun tahun depan, mesti tengah cari lokasi yang best dekat sana kan? Mungkin ada yang tak tahu, Jepun ada banyak lokasi menarik yang anda boleh explore terutamanya pada awal tahun depan.

Kalau anda nak tahu, Okinawa adalah tempat pertama dimana bunga sakura akan mekar di Jepun. Bukan itu saja tapi Okinawa juga dikelilingi dengan lebih 160 pulau kecil yang mana selalu jadi pilihan pelancong untuk snorkelling. Iklim di Okinawa juga berbeza dengan iklim di tanah besar Jepun sebab di sini adalah iklim tropika.

Advertisement

Okinawa

Okinawa

Mungkin juga ramai yang tidak tahu bahawa Okinawa ini sebenarnya mempunyai pengaruh dari segi budaya terutamanya dari Amerika dan juga China. Okinawa pernah dijadikan pangkalan tentera US ketika Perang Dunia Kedua, jadi tak hairan lah kalau anda akan ternampak kesan peninggalan mereka di sana.

Selain itu, disebabkan Okinawa beriklim tropika, jadi terdapat banyak buah-buahan yang dihasilkan dari kepulauan Okinawa ini seperti nenas, pisang, tebu, kelapa dan sebagainya. Ini turut menjadi punca pendapatan utama bagi penduduk Okinawa selain daripada hasil laut.

Nak tahu lagi apa yang best di Okinawa? Jom tengok antara 10 lokasi menarik yang anda boleh lawat di Okinawa.

Jalan-Jalan

Kokusaidori Street

Kokusaidori Street

Tempat yang wajib anda kunjungi untuk membeli belah antaranya di Kokusaidori Street ini. Macam-macam pilihan buah tangan yang anda boleh beli di sini dan yang penting, harga murah!

Churaumi Aquarium

Churaumi Aquarium

Ini antara lokasi yang sering menjadi pilihan pelancong tak kira dari dalam atau luar negara ketika berada di Okinawa. Terletak di Ocean Expo Park dan hanya kira-kira dua jam perjalanan dari Naha Airport. Anda boleh saksikan hidupan laut yang ada di Okinawa ini seperti whale shark dan manta ray.

RyukyuMura

RyukuMura

Anda boleh rasai dan pelajari budaya masyarakat Okinawa dengan program dan aktiviti yang diadakan di RyukuMura. Ini lah masanya untuk anda lalui pengalaman ini dengan lebih dekat dengan bayaran masuk cuma RM45 untuk dewasa dan percuma bagi kanak-kanak bawah 6 tahun.

Okinawa Peace Memorial Park

Okinawa Peace Memorial Park

Terletak di Mabumi Hills, di sinilah berlakunya peperangan Perang Dunia Kedua di Okinawa. Taman ini direka dengan konsep ‘requiem, prayer, and peace’ untuk memperingati peristiwa yang berlaku. Lokasi ini juga sering menjadi pilihan penduduk untuk beriadah dan berkelah.

Aktiviti

Festival bunga sakura

Festival Bunga Sakura

Tahukah anda, bunga sakura di Okinawa antara yang terawal mekar di Jepun? Jadi untuk menyaksikan sendiri bunga sakura, Okinawa lah destinasi yang sesuai. Waktu terbaik untuk anda saksikan bunga sakura di Okinawa adalah pada bermula pada penghujung bulan Januari.

Blue Cave

Blue Cave

Anda boleh saksikan pemandangan panorama Laut China Timur di Cape Maeda yang terletak di Blue Cave ini. Di sini juga adalah lokasi terkenal untuk lakukan aktiviti snorkeling dan diving. Waktu terbaik yang disarankan adalah pada awal pagi sehingga tengahari untuk pemandangan terbaik.

Kerama Islands

Kerama Island

Seumur hidup anda, pernah tak melihat ‘whale’ secara depan mata? Di sini anda boleh saksikan sendiri dan melihat lihat dekat dengan ‘whale watching tour’ yang disediakan. Pada bulan Januari hingga hujung Mac, peluang untuk anda saksikan ‘humpback whale’ juga sangat tinggi!

Makan-makan

Yaeyama Islands

Yaeyama Islands

Makanan di Yaeyama Islands kebanyakannya adalah pilihan menu yang sihat seperti soba dan dihidangkan dengan sup miso. Selalunya makanan di sini dihidangkan tanpa daging dan hanya menggunakan produk tempatan. Jadi kalau anda nak tahu macam mana rakyat Jepun menjaga kesihatan mereka, kena cuba sendiri masakan tempatan di sini.

Makishi Market

makishi market

Kalau anda berjalan-jalan di Kokusaidori Street, tak sah kalau anda tak singgah di Makishi Market ini. Anda boleh dapatkan pelbagai bahan-bahan masakan untuk menu masakan masyarakat Okinawa. Kalau nak minta mereka masakkan sekali pun boleh! Anda boleh beli bahan masakan di pasar ini dan pergi ke kafetaria di tingkat dua untuk mereka masakkan.

Ukishima Garden

ukishima garden

Kafe yang penuh bergaya ini terletak tidak jauh dari Kokusaidori Street. Kebanyakan menu di sini di bawah harga 1,000 JPY (RM38) sahaja. Bonusnya, menu di sediakan adalah makanan organik dan vegetarian dimana mereka menggunakan sayur organik yang ditanam di Okinawa.

Terbang ke Okinawa dengan AirAsia!

air asia okinawa

Dengan tambang RM399 sehala untuk ahli BIG, kini anda boleh terbang terus ke Okinawa dari Kuala Lumpur dengan laluan terbaru dari AirAsia! Tempoh tempahan telahpun bermula dan akan berakhir pada 22 Disember 2019. Memang cukup sesuai untuk mereka yang ingin ke Okinawa dari 22 Januari 2019 hingga 27 Mac 2020.

Laluan terbaru melalui Taipei ini cuma mengambil masa selama 6 jam dan 30 minit sahaja menjadikan penerbangan ini antara yang terpantas dan terpendek dari biasa.

Yang menariknya lagi, ada empat kali penerbangan dalam seminggu! Laluan terbaru terus ke Okinawa ini juga akan menjadi lokasi ke-6 AirAsia di Jepun selepas Tokyo (Haneda dan Narita), Osaka, Sapporo, Fukuoka and Nagoya (via Bangkok).

Penumpang dari Kuala Lumpur ke Okinawa juga tak perlu untuk mendapatkan visa semasa transit satu jam di Taipei, cuma lalui pemeriksaan keselamatan dan teruskan penerbangan ke Okinawa. Lebih mudah kan?

Untuk rasai pengalaman lawati 10 tempat menarik di Okinawa ini, jangan lupa tempah segera penerbangan anda dengan AirAsia. Bagi dapatkan maklumat tentang promosi lain dari AirAsia boleh layari airasia.com atau ikuti Facebook dan Instagram rasmi AirAsia.

Arigato gozaimasu!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...