Jika disebutkan pasal poligami pasti ramai yang tidak berapa gemar dengan isu ini lagi-lagi kaum wanita kan? Dalam bab poligami ni pastinya kita akan terbayang adegan tarik rambut sesama perempuan atau aksi tampar menampar antara madu. lya lah, isu poligami ni agak sensitif untuk dibincangkan untuk sesetengah pihak.
Berbeza pula dengan kisah ini dimana seorang isteri sanggup mencarikan calon isteri untuk suaminya dengan kerelaan hatinya sendiri.
Walaupun kedengaran macam jalan cerita dalam drama Melayu tetapi itu lah yang berlaku pada Khuzatul Atiqah. Semuanya bermula apabila kesihatan beliau terjejas apabila mengandungkan anak kelimanya sehingga tidak dapat berjalan. Sehinggakan suaminya terpaksa mendukungnya naik ke pejabat mereka di tingkat tiga kerana tidak dapat berjalan.
“Keadaan makin meneruk sampaikan saya terpaksa menggunakan kerusi roda. Semakin hari semakin sakit dan saya hampir kemurungan.”

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terkejut dengan kesungguhan isteri ini. Rasanya tak ramai yang sanggup carikan isteri untuk suami sendiri ni.