Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jom Derma Organ!!!

Menderma sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Selalunya kita menderma wang ringgit, baju terpakai dan alat mainan kepada mereka yang memerlukan. Namun adakah kita bersedia untuk menderma organ selepas kita meninggal dunia satu hari nanti?

organ

Advertisement

Secara jujur, Abang Nara takut untuk membayangkan badan tough ini dibedah untuk dikeluarkan organ supaya boleh didermakan kepada yang memerlukan. Senang cerita, Abang Nara memang skeptical. Jadi untuk menghilangkan rasa skeptical ini, Abang Nara mencari sedikit info tentang pendermaan organ. Rupa-rupanya memang ada website khas tentang pendermaan organ di www.agiftoflife.gov.my.

organ

Selepas membaca lebih kurang 30 minit di website itu, barulah Abang Nara tahu organ yang boleh diderma ialah jantung, paru-paru, hati dan ginjal. Selain organ, kita juga boleh mendermakan tisu kulit, injap jantung, kornea dan tulang. Pendermaan selalunya dilakukan selepas seseorang itu meninggal dunia kerana tiada risiko (kerana penderma telah meninggal dunia) dan ianya dinamakan pendermaan kadaverik.

organ

Namun hanya mereka yang mati otak (brain death) sahaja yang boleh mendermakan organ dan tisu. Kalau mereka yang mengalami kematian jantung (cardiac death) hanya boleh menderma tisu sahaja. Apa beza mati otak dan mati jantung? Itu anda kena layari www.agiftoflife.gov.my sebab Abang Nara nak terangkan pun sukar.

Advertisement

organ

Setakat 31 Ogos 2012, sudah 203,497 orang berikrar untuk menjadi penderma organ selepas mereka meninggal dunia. Manakala jumlah pendermaan organ (penderma meninggal dunia) ialah sebanyak 384 orang sejak tahun 1976 sehingga kini. Ini sebenarnya satu angka yang agak rendah jika nak dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia yang seramai 28.3 juta orang. Manakala pada ketika ini, terdapat lebih daripada 15,000 pesakit yang sedang menunggu untuk menjalani transplant (dan jumlahnya meningkat setiap tahun). Sesetengahnya dah menunggu hampir berbelas-belas tahun! Bayangkan macammana perasaan mereka menanti setiap hari. Sedih kan?
organ
Bersempena dengan kempen derma organ ini, Abang Nara nak mengajak anda semua sama-sama berikrar menjadi penderma organ. Pendaftaran boleh dilakukan secara online di www.agiftoflife.gov.my. Namun pastikan anda terlebih dahulu berbincang dengan keluarga. Mereka wajib tahu yang anda ingin mendermakan organ selepas kematian anda. Kang tak pasal-pasal berlaku kekecohan pulak kalau anda berikrar menjadi penderma organ tanpa diketahui pihak keluarga. Kepada yang beragama Islam, jangan risau sebab para ulama telah mengeluarkan fatwa harus untuk pendermaan organ sejak tahun 1970 lagi.

organ

Sebelum anda membuat apa-apa keputusan, layarilah dulu www.agiftoflife.gov.my dan YouTube A Gift For Life untuk maklumat lanjut. Atau anda boleh berinteraksi dengan pihak National Transplant Resource Centre (NTRC) di Facebook NTRC dan Twitter NTRC.
organ
Pendermaan organ adalah satu anugerah kehidupan yang tidak ternilai…..

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

48 Comments

  1. heyyyy october

    October 4, 2012 at 7:33 am

    Orang Islam masih beranggapan bahawa individu yang menderma organ seolah-olah akan tidak sempurna jasadnya ketika dikebumikan kelak. Namun sebenarnya Islam tidak melarang akan proses pendermaan organ ini kerana ia sesuatu amalan yang mulia dan satu lagi bentuk kebajikan.

    Keputusan Lujnah Fatwa (Jawatankuasa Syariah)
    1. Pemindahan atau pendermaan organ adalah haram dalam keadaan bukan darurat, manakala hukumnya harus dalam keadaan darurat.
    2. Orang yang mati otak adalah dihukumkan mati.

    Mati otak
    * Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara professional tentang berlakunya mati otak.
    * Digalakkan mendapat persetujuan dari keluarga terdekat dari suami, anak, ibu dan bapa.
    * Perakuan tentang berlakunya mati otak hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya tiga doktor profesional (doktor Islam diutamakan).
    * Sekiranya dengan kecanggihan rawatan perubatan (sains dan teknologi) boleh mengubat, maka suasana ini gugur.
    Pemindahan organ ada dua keadaan iaitu:
    i) Keadaan penderma masih hidup
    * Menjalankan kajian perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan.
    * Dengan reda penderma, tanpa paksaan.
    * Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya.
    * Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.
    * Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.
    * Kebenaran bertulis daripada penderma dan penderma dibolehkan menarik balik pada bila-bila masa.

    ii) Keadaan penderma yang telah mati
    * Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.
    * Dengan reda penderma, melalui wasiat ataupun waris-waris dan perakuan daripada kerajaan.
    * Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya atau dalam erti kata lain, pemindahan itu dijamin berjaya.
    * Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin ilmu, iman dan takwa, penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut hukum syarak serta tiada unsur-unsur penghinaan.
    * Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.
    * Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jual beli, hanya akan mengundang perbuatan jenayah yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

  2. human

    October 4, 2012 at 2:39 am

    abg nara derma la dulu

  3. Farahf

    October 4, 2012 at 1:45 am

    Sejujurnya masa mula-mula saya dengar pasal derma organ ini, memang saya pun berfikiran tipikal.

    Macamana bila mati nanti, dahlah selalu dengar ceramah, mati itu sakit. Roh akan rasa sakit selepas tercabut dari jasad. So kalau derma organ, bedah sure says pun akan rasa sakit walau dah takde.

    Macamana pula nanti, kalau jasad saya tak sempurna.

    betul ke harus sbb ada hadis pasal mematahkan tulang mayat tu haram. Ini kan bedah-bedah, untuk ambil organ?
    Dan macam macam lagi berlegar dlm minda saya.
    Tapi lepas saya dengar, rupa-rupanya fatwa dah ada since 1970 in Malaysia.Fatwa tersebut mengharuskan atas dasar keperluan melebihi Mudharat. Alim ulama kita advance awak! Sbb first transplant done was in 1975 in HKL. Lepas tu, saya dengar pencerahan lagi dari beberapa ustaz, hadis pasal mematahkan tulang mayat tu adalah bila Rasulullah saw melihat seorang penggali kubur tak silap saya mematahkan tulang mayat. Dia buat dlm keadaan saja2. Takde keperluan. So disitulah asbab hadis tersebut.
    Dlm konteks derma organ, diorang bukan suka-suka buat melainkan untuk membantu insan yg memerllukan. Which could be the ones that we love or maybe diri kita juga satu hari nanti. Wallahua’lam

    • ustaz don listen to me

      October 4, 2012 at 8:16 pm

      Time kte derma tu mmg kte akan merasa sebagaimana kte rasa sewaktu hidup apabila kta menjalani pembedahan, bezanya lps kta mati tiada bius yg di inject, sanggupkah kta? wallahuallam

    • farahf

      October 5, 2012 at 7:46 am

      saya rasa Tuan patut berfikir begini.
      Allah SWT adalah yang paling mengetahui tentang perkara2 ghaib dan dia adalah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.

      niat saya insya allah, hanya untuk membantu mereka yang memerlukan. dan atas niat saya itu, saya berharap kepada ihsan dan kasih sayang Dia. Saya tak tahu samada akan rasa sakit atau tidak. itu terpulang kepada Allah. kerana Dia yang lebih mengetahui dan menetapkan sesuatu. tetapi kerana saya percaya dan yakin bahawa Allah adalah maha pengasih lagi maha penyayang, maka saya yakin dan percaya bahawa Dia akan menetapkan yang terbaik untuk bahagian saya. sekiranya tak sakit, alhamdulillah. kalau sakit, saya mohon diringankan dan dijadikan kaffarah atas segala dosa-dosa saya. Saya beranggapan begitu, dan mohon dipermudahkan….

  4. Blood Test

    October 3, 2012 at 11:17 pm

    Aku dah 3 tahun cube derma darah.. Tapi x lepas, sebab masih dalam medical treatment..
    Tahun nie aku dah start x amik ubat, arap2 tahun depan leh derma darah. Insya’allah.. =)

  5. Dr muhammed ani

    October 3, 2012 at 8:35 pm

    Hadith yang dimaksudkan adalah berhubung konteks menghormati jenazah. Mematahkan tulang mayat seperti mematahkan tulang orang yg masih hidup. Sedangkan orang hidup dibenarkan melalukan pembedahan, begitu juga pembedahan ke atas penderma organ selepas kematian. Ianya dilakukan dengan penuh hormat & teliti seperti pembedahan terhadap orang hidup.  Selagi ianya memenuhi syarat2, terutama memenuhi maqasid syariah iaitu menyelamatkan nyawa. Sila rujuk buku Pemindahan Organ dari Perspektif Islam at http://www.moh.gov.my/v/edu_orga

    Dr Muhammed Anis
    NTRC

    • Anonymous

      October 4, 2012 at 3:15 pm

      apa maksud mematahkan tulang? x paham..ade ke organ yg bertulang yg boleh didermakan?kalau nk kata bodoh,pun bodohla..tp mmg betul2 xtahu

    • Farahf

      October 5, 2012 at 5:26 pm

      Tuan,

      mematahkan tulang yang disebut oleh Dr Muhammed Anis ni adalah beliau merujuk kepada hadis Rasulullah SAW yang disebut oleh salah seorang commentor di atas ; “Memecahkan tulang mayat itu adalah sama dengan memecahkan tulang orang yang hidup” [HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban].
      yang ingin dinyatakan oleh Dr tersebut pada hemat saya adalah pembedahan yang dijalankan untuk tujuan pendermaan organ tersebut bukanlah bertujuan untuk menyakitkan atau saja-saja merosakkan mayat tersebut seperti perbuatan mematahkan tulang mayat tanpa tujuan yang jelas.

      pembedahan tersebut dijalankan dengan penuh hormat dan teliti serta bertujuan untuk memenuhi keperluan yang diharuskan oleh syariah iaitu menyelamatkan nyawa insan lain yang memerlukan. kerana dalam islam nyawa adalah amat berharga dan perlu dijaga. sbb itu, dalam sesetengah keadaan sampai wajib kita berubat dan berikhtiar untuk mengubati penyakit. jadi, transplan juga adalah salah satu ikhtiar perubatan yang jelas bagi penyakit kegagalan organ.

      adapun organ seperti tulang boleh didermakan juga. tetapi tidaklah bermakna pendermaan itu bertujuan untuk mematahkan tulang dengan saja-saja melainkan untuk membantu insan yang mengalami masalah kesihatan. contohnya, telah mengalami kanser tulang yang memerlukan tulang dibedah dan dibuang untuk membuang kanser tersebut dan tulang yang didapati dari penderma ditransplantasi sebagai ganti untuk mengelakkan kecacatan. wallahua’lam

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama