Jom Derma Organ!!!

Hiburan

Jom Derma Organ!!!

Menderma sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Selalunya kita menderma wang ringgit, baju terpakai dan alat mainan kepada mereka yang memerlukan. Namun adakah kita bersedia untuk menderma organ selepas kita meninggal dunia satu hari nanti?

organ

Advertisement

Secara jujur, Abang Nara takut untuk membayangkan badan tough ini dibedah untuk dikeluarkan organ supaya boleh didermakan kepada yang memerlukan. Senang cerita, Abang Nara memang skeptical. Jadi untuk menghilangkan rasa skeptical ini, Abang Nara mencari sedikit info tentang pendermaan organ. Rupa-rupanya memang ada website khas tentang pendermaan organ di www.agiftoflife.gov.my.

organ

Selepas membaca lebih kurang 30 minit di website itu, barulah Abang Nara tahu organ yang boleh diderma ialah jantung, paru-paru, hati dan ginjal. Selain organ, kita juga boleh mendermakan tisu kulit, injap jantung, kornea dan tulang. Pendermaan selalunya dilakukan selepas seseorang itu meninggal dunia kerana tiada risiko (kerana penderma telah meninggal dunia) dan ianya dinamakan pendermaan kadaverik.

organ

Namun hanya mereka yang mati otak (brain death) sahaja yang boleh mendermakan organ dan tisu. Kalau mereka yang mengalami kematian jantung (cardiac death) hanya boleh menderma tisu sahaja. Apa beza mati otak dan mati jantung? Itu anda kena layari www.agiftoflife.gov.my sebab Abang Nara nak terangkan pun sukar.

organ

Setakat 31 Ogos 2012, sudah 203,497 orang berikrar untuk menjadi penderma organ selepas mereka meninggal dunia. Manakala jumlah pendermaan organ (penderma meninggal dunia) ialah sebanyak 384 orang sejak tahun 1976 sehingga kini. Ini sebenarnya satu angka yang agak rendah jika nak dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia yang seramai 28.3 juta orang. Manakala pada ketika ini, terdapat lebih daripada 15,000 pesakit yang sedang menunggu untuk menjalani transplant (dan jumlahnya meningkat setiap tahun). Sesetengahnya dah menunggu hampir berbelas-belas tahun! Bayangkan macammana perasaan mereka menanti setiap hari. Sedih kan?
organ
Bersempena dengan kempen derma organ ini, Abang Nara nak mengajak anda semua sama-sama berikrar menjadi penderma organ. Pendaftaran boleh dilakukan secara online di www.agiftoflife.gov.my. Namun pastikan anda terlebih dahulu berbincang dengan keluarga. Mereka wajib tahu yang anda ingin mendermakan organ selepas kematian anda. Kang tak pasal-pasal berlaku kekecohan pulak kalau anda berikrar menjadi penderma organ tanpa diketahui pihak keluarga. Kepada yang beragama Islam, jangan risau sebab para ulama telah mengeluarkan fatwa harus untuk pendermaan organ sejak tahun 1970 lagi.

organ

Sebelum anda membuat apa-apa keputusan, layarilah dulu www.agiftoflife.gov.my dan YouTube A Gift For Life untuk maklumat lanjut. Atau anda boleh berinteraksi dengan pihak National Transplant Resource Centre (NTRC) di Facebook NTRC dan Twitter NTRC.
organ
Pendermaan organ adalah satu anugerah kehidupan yang tidak ternilai…..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...