Anda peminat oden yang dijual di Family Mart, asal pergi je ramai orang sampai rasa malas nak beratur hanya untuk dapatkan semangkuk oden.
Tapi diri ini dah rasa terliur sangat nak makan semangkuk oden. Apa kata hujung minggu ini anda buat sendiri dengan keluarga di rumah.
Senang je, tak susah pun. Bahan-bahan yang diperlukan juga amat mudah didapati di pasaran.
Jadi jom lihat resipi oden yang telah dikongsikan Dapur Nara.
Pertama sekali, anda kena sediakan bahan-bahanya terlebih dahulu. Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk oden?
Bahan-bahan oden Family Mart
Perencah Asam Pedas adabi-1 paket
Perencah Tomyam – 3 paket
Air 1.5liter
Bahan Oden (Fish tofu/seafood tofu/crab stick/fishcake).
*boleh beli di mana-mana kedai frozen food.
Cara-caranya mudah sahaja:
Masukkan 1.5 liter air dan panaskan terlebih dahulu.
Kemudian letakkan 1 pes asam pedas dan 3 pes Tomyam.
Nak lagi sedap perahkan 1/2 lemon untuk jadikan kuah oden masam-masam pedas barulah sedap.
Biarkan kuah oden mendidih terlebih dahulu dan cucuk bahan-bahan oden menggunakan lidi sate.
Masukkan bahan-bahan oden ke dalam kuah yang sudah mendidih tadi.
Peringatan, rebus crab stick jangan terlalu lama, kerana crab stick cepat lembik. Dan paling penting, pandai-pandailah lihat semua bahan itu dimasak.
Anggaran waktu buat Oden ini dalam 20 minit.
Dah siap! Mudahkan? cubalah
Jika teringin nak makan dengan mee, udon atau yee mee boleh juga direbuskan sekali.
Dah tahu resipi senanglah nak cuba buat. Kuncinya jangan malas, baru dapat makan makanan yang diidamkan.
Selamat mencuba semua!