Jom Cuba Resipi Mudah Guna Planta & Rebut Peluang Menang Thermomix TM6 Bernilai RM6,988. Wow!

Branded

Jom Cuba Resipi Mudah Guna Planta & Rebut Peluang Menang Thermomix TM6 Bernilai RM6,988. Wow!

“Bulan puasa ni aku nak masak, banyak resipi aku dah save kat Facebook”

Siapa yang macam ni, bila tiba je bulan puasa mesti semangat nak memasak. Sampai sanggup la cari resipi-resipi viral di sosial media dan telefon mak dekat kampung semata-mata nak dapatkan rasa masakan yang sama.

Kami faham perasaan ni sebab kami pun sama je, jadi istimewa Ramadan kali ni kami nak share, 5 resepi mudah yang korang boleh cuba dengan menggunakan bahan utama Planta, jenama marjerin pilihan ramai.

1.Roti Paung Terengganu

Roti Paung Planta

Bahan-bahan:

500g tepung gandum/tepung roti

1 paket yis

2 sudu besar Planta

3 sudu besar susu pekat

5 sudu besar gula

1 cawan air suam/susu segar

1 sudu teh garam

1 biji telur dipukul

Cara-cara:

Campur yis bersama air suam/susu segar dan gula.

Tutup dengan plastik wrap atau kain dan biarkan adunan naik (REHATKAN).

Dalam satu bekas baru adunkan tepung gandum, garam, susu, telur dan Planta. Adun hingga rata.

Masukkan bahan yang direhatkan ke dalam adunan dan gaul sebati. Uli sampai semua bahan tercampur baik. 

Ambil loyang, dan ratakan marjerin ke seluruh loyang.

Tumbuk dan keluarkan angin pada doh. Kemudian carik, buat bulat dan penuhkan loyang. 

Rehatkan dan biarkan biarkan doh mengembang.

Masukkan dalam oven bakar pada suhu 180 darjah dalam masa 15 minit.

2.Brownies 

brownies Planta

Bahan-bahan:

150g Planta

350g dark coklat

3 biji telur

1 cawan gula perang (170g)

1 cawan tepung naik sendiri (100g)

Cara-cara:

Satukan Planta dengan dark coklat. Cairkan kedua bahan ini menggunakan ketuhar atau teknik double boil.

Dalam bekas lain, satukan telur dan gula perang. Kacaukan sekejap.

Campurkan coklat dan planta yang dipanaskan bersama telur dan gula perang. Kacau semua bahan sehingga sebati.

Kemudian, masukkan tepung naik sendiri dan kacaukan lagi sehingga sebati.

Masukkan adunan dalam loyang 8 inci, bakar dalam oven pada suhu 140-150 darjah dalam masa 45 minit.

3.Donut Gula

Donut Planta

Bahan-bahan:

1kg tepung gandum

1 paket yis

5 sudu Planta

600 ml air suam*

4 sudu besar gula*

2 sudu besar susu pekat*

½ sudu besar garam*

Cara-cara:

Satukan bahan-bahan bertanda sehingga larut.

Ayak tepung, masukkan yis dan Planta. Uli sehingga sebati kemudian campurkan bersama bahan-bahan bertanda.

Perapkan doh selama setengah jam atau naik sehingga dua kali ganda.

Carik dan buatkan bulat. Rehatkan lagi sehingga naik 2 kali ganda. Kemudian boleh goreng.

3 hidangan di atas ni korang bolehlah try buat untuk manisan ketika berbuka atau untuk more. Kalau nak hidangan berat pula mungkin korang boleh cuba hidangan nasi planta dan ayam percik Planta ni.

4.Nasi Planta

Nasi Planta

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi 

3 sudu besar Planta 

3 ½ cawan air

1 cawan susu cair 

2 kuntum bunga lawang

2 batang kulit kayu manis 

3 biji buah pelaga

2 helai daun pandan

Garam secukupnya

1 kiub stok ayam

Pewarna kuning

6 biji bawang merah 

3 ulas bawang putih 

Sedikit halia 

Cara-cara:

Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia.

Panaskan Planta dalam periuk kemudian masukkan bahan kisar, rempah 3 sekawan dan daun pandan. Tumis sehingga naik bau.

Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.

Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. 

Kalau korang rasa nak buat nasi Planta ni rumit, korang tau tak yang Planta sekarang ada mengeluarkan produk Planta Rice Mix. Alah macam perencah nasi goreng tu. 

Planta Mix Rice

Terdapat 2 perisa yang dijual di pasaran iaitu ayam dan BBQ. Cara nak masak senang je, korang hanya perlukan nasi putih mengikut sukatan yang ditetapkan, kemudian gaulkan bersama Planta Rice Mix pilihan korang.

Korang boleh juga tambah ayam, sosej dan sayur untuk menaikkan seri hidangan korang. Tapi kalau korang nak gunakan Planta Mix Rice ni sahaja pun, dah sedap tau hidangan korang. Makan pula time panas, layan tu!

5. Ayam Percik Terengganu

Ayam Percik terengganu Planta

Bahan bahan:

1 ekor ayam – potong 4

Bahan Perap:

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

Garam 

Bahan Kuah:

2 pek santan pekat

10 ulas bawang merah

1 inci halia

1 batang serai

3 tangkai cili kering

Garam secukupnya

Gula

1/4 keping asam keping (masukkan sekejap saja)

Planta

Cara-cara:

Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. 

Bakar ayam sehingga masak. Sapukan Planta pada bahagian ayam yang dah siap dibakar untuk memberikan rasa yang berlemak.

Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masukkan asam keping seketika dan keluarkan untuk elak rasa masam.

Hidangkan kuah di atas ayam dan sedia dimakan begitu saja atau bersama nasi.

Beli Planta & Menang Periuk Thermomix. Wow!

MENANG BERSAMA PLANTA

Haaa.. Sempena Aidilfitri yang bakal tiba ni juga, Planta nak tambahkan kemeriahan sambutan raya korang dengan Peraduan Menang Bersama Planta. Hadiah yang ditawarkan bukan biasa-biasa tau!

Ikut langkah di bawah untuk menyertai:

Langkah 1: Beli produk Planta bernilai RM25 keatas dalam satu resit.

Langkah 2: Tuliskan nama dan nombor kad pengenalan di atas resit.

Langkah 3:Tangkap gambar resit dengan jelas kemudian hantarkan ke nombor Whatsapp 0183880802.

MENANG BERSAMA PLANTA

Kali ni Planta nak hadiahkan 8 biji Thermomix TM6 yang bernilai RM6,988 kepada 8 orang pemenang bertuah. Wow! Manakala 20 pemenang akan dipilih setiap minggu (selama 8 minggu) bagi memenangi baucar membeli-belah bernilai RM100 setiap seorang.

Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ni, peraduan bermula 1 April dan berakhir 31 Mei 2022. Mungkin koranglah pemenang yang dicari!

Mencari marjerin paling best? Planta kan ada!

PLANTA

Siapalah yang tak tau jenama Planta ni kan? Kalau kecil-kecil dulu, admin teringat selalu makan roti kosong letak Planta dengan gula, itu pun dah sedap. 

Nak masuk bulan Ramadan ni, kami gerenti rak Planta kena serbu dulu sebab ramai yang prepare nak buat kuih raya kan? 

Marjerin Planta ni selalu jadi pilihan utama sebab ia mengandungi vitamin A, D, E, B1,B2, B6, B12, asid folik dan niasin. Dengan khasiat dan kebaikan yang ditawarkan tak hairanlah sentiasa di hati rakyat Malaysia.

Selain resipi yang kami kongsikan, sebenarnya banyak lagi resipi-resipi mudah menggunakan Planta yang korang boleh cuba tau. Apa yang best, apabila masak menggunakan Planta ni, masakan berbau harum dan rasa lebih berlemak. Tak percaya? Korang kenalah cuba!

Selain tu, marjerin Planta ni juga tidak mengandungi lemak trans yang tak baik untuk kesihatan. Jadi sebelum pilih marjerin pastikan Planta dulu, baru beli.

Kalau korang nak tau lebih lanjut mengenai Planta, atau nak resepi-resepi terkini menggunakan bahan ini, korang boleh follow Facebook Planta Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...