Jom Cuba! MyKuali Penang White Curry Noodles Dipilih 10 Mi Segera Terbaik Dunia

Gaya Hidup

Jom Cuba! MyKuali Penang White Curry Noodles Dipilih 10 Mi Segera Terbaik Dunia

Anda sudah makan? Jika belum bolehlah cuba produk mi segera buatan Malaysia iaitu MyKuali Penang White Curry Noodles ini!

Balik kampung
3 years ago

Penantian Berakhir, Rakyat Dibenarkan Rentas Negeri Mulai Esok - PM Ismail Sabri

Advertisement

Apa yang menariknya mi segera ini? Difahamkan bahawa ia telah pun tersenarai sebagai antara 10 mi segera terbaik di mana kualiti dan tahap kesedapannya telah dinilai oleh lapan pakar pemakanan daripada pelbagai bidang seperti penulis makanan, penulis buku resipi, wartawan dan sebagainya.

Mykuali penang white currySumber : Google  

Dalam senarai tersebut, MyKuali Penang White Curry Noodles telah tersenarai dalam kategori Mi Segera Berkuah Terbaik selain dua kategori lain yang dipertandingkan iaitu Mi Segera Kering Terbaik dan Mi Segera Pedas Terbaik.

Berikut adalah senarai 10 mi segera terbaik yang telah dibahagikan mengikut kategori.

Kategori Mi Segera Kuah Terbaik

1. MyKuali Penang White Curry Noodle (Malaysia)

Lucas Kwan Peterson, kolumnis kulinari Los Angeles Times menyifatkan mi segera itu sangat memuaskan seleranya.

2. Sapporo Ichiban Tokyo Chicken Momosan Ramen (Jepun)

Dipilih sebagai mi yang mempunyai rasa terbaik oleh penulis buku Cook Real Hawaii, Sheldon Simeon yang juga merupakan pemilik restoran Tin Roof.

3. Maggi Masala 2-Minutes Noodles (India)

Maggi MasalaSumber : Google  

“Cukup sempurna, pedas, manis dan lazat. Saya telah menjadi pemuja mi Maggi Masala sepanjang hidup saya..” – Priya Krishna (wartawan kuliner New York Times)

4. Nissin Instant Ramen Noodles With Soup Base, Black Garlic Oil, Tonkotsu Pork (Jepun)

Cathy Erway yang merupakan penulis kulinari daripada The Food of Taiwan mengatakan mi segera ini lengkap dengan bahan tambahan dan sekaligus menjadikannya lebih sedap.

5. Mama Instant Noodle Shrimp Creamy Tom Yum (Thailand)

MAMASumber : Google  

Mi segera ini dipilih kerana mempunyai rasa yang tajam, pelbagai dan beraroma.

 

Kategori Mi Segera Kering Atau Tidak Berkuah Terbaik

6. Indomie Mi Goreng (Indonesia)

Indomi ayam panggangSumber : Google  

7. Indomie Mi Goreng Ayam Panggang (Indonesia)

 

Kategori Mi Segera Pedas Terbaik

8. Nongshim Shin Noodle Ramyun (Korea Selatan)

9. Nongshim Chapagetti Chajang Noodle (Korea Selatan)

ChapagettiSumber : Google  

10. Tseng Noodles Scallion With Sichuan Pepper Instant Noodles (Taiwan)

Anda suka mi segera yang mana? Bolehlah cuba nanti kan!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...