October 23rd, 2015

Kasut adalah kegilaan setiap wanita. Tak pernah lagi Abang Nara jumpa seorang wanita yang hanya memiliki sepasang kasut. Paling koman mesti ada 5,6 pasang. Kasut pergi kerja, kasut pergi pasar, kasut gi majlis makan malam, kasut di pagi raya, kasut pergi jalan-jalan dan macam-macam lagilah. Kasut dan wanita umpama isi dan kuku, tidak boleh dipisahkan.

christy ng

rak kasut yang menjadi idaman setiap wanita

Kalau Abang Nara beritahu yang anda boleh penuhkan rak kasut di rumah dengan kasut-kasut bermutu tinggi pada harga yang berbaloi, mesti korang akan melonjak kegembiraan kan? Baiklah. Berita yang baik harus dikongsi. Tak boleh simpan sorang-sorang. Hujung minggu ini, jenama kasut popular Malaysia iaitu Christy Ng bakal mengadakan ‘store wide sales’ atau dalam bahasa Melayunya, jualan gudang. Diskaun akan diberikan sehingga 70%.

christy ng

Yes!!! 70% diskaun. Kalau kasut tue harga RM100, korang boleh beli dengan harga RM30 je. Uish,uish. Berbaloi-baloi sangat tue. Meh sini Abang Nara kongsikan details tentang promosi awesome Christy Ng ini:-

Tarikh: 23 Oktober (Jumaat) – 25 Oktober (Ahad)
Masa: 10 pagi sehingga 5 petang
Alamat: 57-1, Block D,The Suites, Jaya One, No. 72A, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

christy ng

boleh cari kasut untuk hari perkahwinan nanti!!!

Jom kita tengok antara kasut-kasut yang bakal dijual pada harga runtuh ini:-

christy ng

christy ng

christy ng

christy ng

Dan Abang Nara ada satu lagi berita baik untuk anda semua selaku pembaca BeautifulNara. Anda hanya perlu isikan borang di bawah untuk RSVP kehadiran anda ke Christy Ng Store Wide Sales. Letakkan email dan nombor telefon anda. Sebagai balasan, anda akan menerima voucher yang boleh diredeem ketika tiba di sana. Kalau tak pergi pun tak apa. Voucher itu akan dihantar menerusi email anda dan boleh digunakan ketika membuat pembelian di www.christyng.com.

christy ng

christy ng

Cantik-cantik kan kasut daripada Christy Ng ini? Hehehe. Wife Abang Nara tengah buat muka manja memujuk diri ini untuk membawanya ke jualan gudang Christy Ng esok. Fuh!!! Nampaknya kena bersiap sedia daripada segi fizikal dan mental. Selamat membeli-belah diucapkan kepada anda yang akan pergi ke sana. Maklumat lanjut layari www.christyng.com dan LIKE Facebook Christy Ng Shoes.


Comments are closed.

Loading...