Berbekalkan idea kreatif, puan Fadilah Ariffin hasilkan sendiri pokok monster yang cantik ini dengan hanya bermodalkan RM23 sahaja. Jika nak beli untuk diletakkan sebagai perhiasan rumah agak mahal.
Mari buat sendiri kerana zaman sekarang ini sangat mudah dan senang nak dapatkan barangannya. Jadi, salah satu dekorasi yang paling mudah adalah dengan membuat dekorasi pokok tiruan supaya ruang dalam rumah tampak lebih menarik.
Bahan-bahan untuk deko pokok:
Daun ECO (1 paket ada 4pcs), 6 paket X RM2.10
Rumput ECO RM2.10, Rotan Kedai Alat Tulis RM1.50
Kalau tak jumpa rotan, boleh cari batang ni di My One Shop RM4.50 seikat, ada dalam 10 batang.
Pasu ECO RM2.10
Span Bunga My One Shop RM1.50 X 2 = RM3.00
Dawai Bunga RM1.00 (ada 28)
Tape Bunga RM2.00 (ada 2 roll) Guna 1 Roll je
Caranya amat mudah:
Mula-mula bengkokkan batang daun macam ni.
Kedua, ikat batang daun pada rotan
Seterusnya, ikat jangan selari, biar ia berselang tinggi rendah.
Masukkan batu sedikit ke dalam pasu supaya berat dan jangan lupa potong rumput ikut permukaan pasu.
Lilit tape bunga supaya dawai tadi terselindung dan nampak kemas, Ini adalah gambar sebelum siap nampak serabut.
Siap! Dah siap untuk pokok hiasan dalam rumah
Senang kan? Apalagi beli barang lepastu buat dengan encik suami ya.
Sumber: Facebook