Jom Buat Jagung Manis Leleh, Mesti Anak-Anak Suka

Makanan

Jom Buat Jagung Manis Leleh, Mesti Anak-Anak Suka

Dah lama rasanya kami tak kongsikan apa-apa resepi makanan yang boleh korang cuba di rumah. Jadi hari ni kami nak kongsikan resepi yang sangat mudah dicuba dan apa yang penting anak-anak suka. Jom!

Bila kali terakhir korang makan jagung manis? Kebanyakan orang biasanya hanya akan merebus atau bakar jagung manis untuk dimakan, itupun dah terasa nikmatnya. Nak jadikan luar biasa, jom kita cuba resepi jagung manis leleh yang dikongsi Nor Ashima Mohd Utama di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official.

Advertisement

Antara bahan-bahan yang diperlukan

  1. 5 biji jagung (potong 2 atau 3), mengikut kesukaan pemakan.
  2. 5 sudu besar tepung kastard.
  3. 1 cawan susu pekat manis.
  4. 1 tin susu cair.
  5. sedikit garam.

Cara-cara penyediaan jagung manis leleh

  1. Jagung hendaklah direbuh tanpa meletakkan garam atau gula. Jika garam atau gula diletakkan, jagung akan mudah kecut dan tak cantik.
  2. Angkat dan tos jagung yang telah dimasak. Tinggalkan sedikit air rebusan jagung (3 atau 4 cawan air).
  3. Perlahankan api dan masukkan susu cair.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan susu pekat dan sedikit garam (1 sudu teh).
  5. Kemudian, masukkan pula tepung kastard. Kacau sampai pekat. (sentiasa kacau selepas masukkan tepung kastard).

This image has an empty alt attribute; its file name is 28660776_1743378179034839_1786104514273382376_n-1-634x600.jpg

Siaplah sudah menu jagung manis leleh. Berdasarkan apa yang dikongsikan Ashima, tahap kemanisan dan kepekatan bergantung kepada citarasa masing-masing. Kalau nak manis buatlah pekat-pakat sikit, kalau tak suka manis, kurangkan. Nak tambah cheese pun boleh kata Ashima.

Itu sahaja resepi mudah kali ini, kalau korang ada apa-apa resepi yang menarik untuk dicuba boleh kongsikan pada ruangan komen ya. Selamat mencuba!

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...