Kata orang tua-tua, bila sesuatu tue ada di depan mata, kita kurang menghargainya. Itulah yang sedang berlaku kepada Abang Nara. Wife Abang Nara sekarang sedang menjalani kursus di Melaka selama 3 bulan. Minggu pertama ketiadaannya, Abang Nara dah rindu nak berborak manja dengan wife yang tercinta.
Jadi sekarang ini, setiap hari Ahad Abang Nara akan ke Melaka untuk melawat wife. Masa yang terhad digunakan sebaik mungkin. Bercerita, cari gaduh, buat lawak dan menjaga anak bersama-sama. Selalunya kami berdua akan bercerita di anjung rumah nenek wife Abang Nara sambil menikmati secawan Nescafe Gold.
Bercakap mengenai menghargai, Abang Nara teruja dengan contest yang sedang dijalankan oleh Nescafe Gold. Dengan tagline “Savouring The Worldâ€, konsep contest menerusi Facebook Nescafe Gold ini memang sangat menarik.
Setiap kali anda ambil gambar, pasti ada cerita di sebalik gambar itu kan? Dalam contest Nescafe Gold ini, anda hanya perlu uploadkan gambar yang berkaitan dengan 3 tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Sebagai contoh, tema yang pertama ialah “Start Your Dayâ€.
Untuk tema pertama ini, Abang Nara dah upload gambar diri ini sedang meminum Nescafe Gold sambil mengadap laptop di pagi hari. Lepas tue buat caption yang menarik dan mampu memikat hati juri. Sambil-sambil tue doa lebih sikit supaya leh menang.
Anda boleh upload sebanyak mana gambar yang anda rasakan sesuai. Lagi banyak penyertaan, lagi tinggi peluang untuk menang hadiah yang best. Untuk tema pertama ini, hadiahnya ialah percutian 3 hari 2 malam di Tanjong Jara Resort. Susah jugak nak menang sebab Abang Nara tengok contestant lain semua kreatif-kreatif belaka.
So tunggu apa lagi? Kongsikanlah gambar yang anda rasa menunjukkan nilai penghargaan tertinggi yang berkaitan dengan tema pertandingan Nescafe Gold ini. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Nescafe Gold.