Jom Berbuka Puasa Dengan Anak Yatim Bersama Mamee

Hiburan

Jom Berbuka Puasa Dengan Anak Yatim Bersama Mamee

Mamee Monster ~~ Salah satu snek kegemaran masa kecik-kecik dulu. Siapa sini tak pernah makan Mamee? Kalau korang tak pernah makan, memang korang dah terlepas salah satu nikmat dunia. Bungkusan Mamee Monster kecik je tapi kelazatan dia. Pergh ~~~

mamee monster

Advertisement

Rupa-rupanya, dah 40 tahun brand Mamee nie berada kat Malaysia. Umur Abang Nara pun baru sweet 28. Kiranya sebelum kewujudan Abang Nara di muka bumi, produk Mamee dah lama memenuhi perut-perut rakyat Malaysia. Dan paling penting, produk Mamee sememangnya diiktiraf HALAL oleh JAKIM daripada dulu sehingga sekarang.

mamee monster

Kalau anda masih kurang yakin, sila pergi ke laman web JAKIM dan taip “PACIFIC FOOD PRODUCTS SDN BHD”. Daripada situ korang boleh tengok full list produk-produk Mamee yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Kiranya anda boleh mengunyah Mamee Monster tanpa keraguan lagi selepas ini sebab status halalnya memang sah lagi nyata.

mamee monster

Banyak produk-produk Mamee yang memang lazat, rangup dan sedap dimakan bila-bila masa sahaja. Feveret Abang Nara sudah tentu snek Mamee Monster yang original. Kalau kunyah time tengok TV memang feeling. Sedar-sedar dah habis. Antara produk Mamee lain yang best-best ialah:-

mamee monster

Mamee Double Decker turut menawarkan makanan ringan serta minuman lazat dan menarik, seperti Mamee Instant Noodle, Mister Potato, Corntoz, Mamee Monster, Double Decker, Smax, Funkees, Cheers Asian Drink, Cheers Carbonated Drink,  Fruit Nation, Liteyo Yogurt Drink & Nutrigen. Semuanya best-best dan sangat sedap.

Dan bersempena dengan bulan Ramadhan dan hari Raya yang bakal menjelma, Mamee Monster berbesar hati untuk membantu Abang Nara mengadakan majlis berbuka puasa dan penyerahan barangan raya kepada anak-anak yatim di Rumah Rumah Amal Limpahan Kasih pada 22 Ogos ini. Dekat je eh tempat dia dengan rumah sewa Abang Nara. Area Puchong je.

mamee monster

Ada sesiapa rasa nak join Abang Nara untuk turut serta bersama Mamee Monster di majlis berbuka puasa nanti? Lagi ramai join lagi bagus kot. Mana tahu nanti pihak Mamee nak taja buat rumah terbuka raya pulak. Tak gitu? Di bawah ialah alamat Rumah Amal Limpahan Kasih. Kalau berminat untuk pergi, silalah tinggalkan komen di bawah ye.

Rumah Amal Limpahan Kasih, 49 Jalan Bp11/3 Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Jumpa anda di sana~~~Info lanjut di Facebook Mamee Monster.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...