Jom Bawa Anak Lihat Kapal Terbang Mendarat Di “Anjung Spotter” 

Travel

Jom Bawa Anak Lihat Kapal Terbang Mendarat Di “Anjung Spotter” 

Kebanyakkan kanak-kanak amat menyukai kapal terbang dan sangat gembira apabila melihat ia terbang di awan biru. Bukan itu sahaja, selalunya kanak-kanak juga adalah orang yang sangat teruja apabila melihat kapal terbang dan akan melambai-lambai dari bawah.

Advertisement

Sebagai ibu bapa, kita pasti ingin membawa anak-anak melihat sendiri pemandangan kapal terbang mendarat dengan lebih jelas. Tetapi, keliru dan tidak mengetahui ‘port’ yang sesuai untuk lihat kapal terbang mendarat.

Hujung minggu ini, apa kata anda bawa anak-anak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk melihat sendiri segala aktiviti dan pergerakan pesawat di “Anjung Spotter”.

“Anjung Spotter” adalah anjung tinjau pesawat pertama dibina Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) setaraf dengan kemudahan sama di Frankfurt, Jerman dan Perth, Australia.

Anjung Spotter yang terletak di Jalan Pekeliling di Runway 32L dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 malam yang mana anda dan anak-anak anda boleh melihat secara dekat pesawat berlepas dan mendarat.

Boleh memuatkan 40 orang dalam satu masa

Anjung tinjau dilengkapi kerusi yang boleh memuatkan 40 pengunjung dalam satu masa.

10 kilometer persegi di KLIA

Anjung Spotter dibina dalam lingkungan 10 kilometer persegi di KLIA itu bagi membolehkan orang ramai merakamkan gambar saat pesawat berlepas dan mendarat dari kawasan yang strategik.

Jurugambar berpeluang ambil gambar cantik

Ia juga adalah lebih selamat dan khusus untuk semua jurugambar mengambil gambar jenis kapal terbang yang diminati. Jadi, inilah masanya untuk anda merakamkan gambar menarik untuk disimpan sebagai koleksi.

Facebook: Jon Liang

Petang waktu sesuai bawa anak-anak

Jika boleh datanglah pada waktu petang bawa anak-anak terutama waktu matahari sedang terbenam. Pasti gambar yang diambil akan lebih cantik.

Facebook: Loh Wan Heng Sammy

Semestinya anak-anak akan berasa sangat teruja apabila melihat kapal terbang tersebut lalu di atas kepala dan rasa terlalu dekat dengan kita.

Anda tidak perlu risau tiada kapal terbang akan berlepas atau mendarat kerana selang beberapa minit pelbagai jenis kapal terbang akan lalu.

Boleh bergambar

Bukan anak-anak sahaja teruja, ibu bapa pun turut sama teruja dapat mengambil gambar berlatar belakangkan kapal terbang.

Facebook: Loh Wan Heng Sammy

Jadi hujung minggu ini bolehlah pergi bawa anak-anak dan ambil gambar sebanyak mungkin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...