November 25th, 2014

Cuti sekolah tiba lagi. Selain daripada bercuti ke tepi pantai, balik kampung atau ke luar negara, apa kata untuk cuti kali ini kita berikan pengisian Islamiah sedikit untuk anak-anak kita. Abang Nara tertarik dengan program Big-Maq yang bakal berlangsung pada 9 sehingga 12 Disember ini. Program selama 4 hari 3 malam ini bertujuan untuk memperbaiki mutu pembacaan Al Quran anak-anak kita di samping mendidik anak-anak mengenai akhlak Rasullah.

biq maq offical

Antara pengisian Big-Maq (singkatan untuk Bimbingan & Motivasi Al-Quran) ini ialah:-

1) Memotivasikan anak2 dengan nilai akhlaq Nabi Muhammad.
2) Meningkatkan pemahaman AlQUran
3) menambah baik bacaan dari tidak mahir kepada mahir membaca AlQuran.
4) Menambah baik teknik2 bacaan AlQuran dengan berguru dengan pakar2 yang terkemuka di Malaysia. juga mendapat belajar Tarannum AlQuran (Bacaan Berlagu)

biq maq officalSelain daripada Imam Muda Najdi, antara tenaga pengajar yang lain ialah Ustaz Wan Noh, Nik Akmal, Encik Mimpi, Fakhrul Radhi UNIC dan ramai lagi. Program Big MaQ yang sgt menyeronokkan merangkumi program ‘indoor’ dan ‘outdoor’, di tempat yang cantik, segar dan kondusif dalam kawasan alam semula jadi Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Harga yang sangat-sangat berbaloi untuk program intensif selama 4 hari 3 malam (termasuk penginapan dan makan 6 kali sehari)

1 orang = RM400 seorang
2 orang = RM350 seorang
3 orang = RM333.seorang

Jadi tunggu apa lagi? Bolehlah bawak anak-anak ke program Big-Maq ini untuk memberikan mereka peluang belajar membaca Al-Quran dengan lebih baik. Boleh terus hubungi 019 6955 728 (Wan) untuk membuat tempahan atau sebarang pertanyaan. Maklumat lanjut layari http://imammudanajdi.wix.com/bigmaq.


Comments are closed.

Loading...