Jom Bantu Frontliners yang Berjuang Menentang Covid-19

Hiburan

Jom Bantu Frontliners yang Berjuang Menentang Covid-19

Sebak hati ini melihat gambar-gambar para doktor, jururawat dan para pegawai hospital (front liners) yang bertungkus lumus merawat para pesakit Covid19. Memang jelas mereka kepenatan, namun demi rasa tanggungjawab, mereka sanggup mengenepikan kesemua itu dan berjuang untuk kita, rakyat Malaysia.

ppe

Advertisement

Tambah menyayat hati kami apabila mengetahui yang perkakas (equipment) untuk para front liners ini tidak mencukupi. Sudahlah keletihan, nyawa turut sama dipertaruhkan.

ppe front liner

Selaku rakyat Malaysia yang prihatin, kami di BeautifulNara ingin memaklumkan tentang inisiatif murni daripada MyFundAction yang sedang bertungkus lumus mengumpulkan dana agar dapat membantu para front liners ini mendapatkan alat perkakas seperti topeng muka, hand sanitizer, makanan, Personal Protective Equipment (PPE) dan juga ventilator yang mencukupi.

my fund action

Sasaran sebanyak RM300,000 telah ditetapkan oleh MyFundAction untuk sedikit sebanyak membantu para front liners di kala kemelut yang sedang melanda negara kita ini. Kempen ini telah pun bermula sejak minggu lalu dan pihak MyFundAction telah pun mula mengedarkan bantuan ke hospital-hospital yang berkaitan. Senang cakap, memang cekap, pantas dan tersusun tindakan daripada MyFundAction ini.

my fund actionmy fund actionmy fund action

Jika anda ini turut serta di dalam projek yang tulus suci ini, boleh tekan link ini untuk sama-sama membantu para front liners yang bertungkus lumus tanpa mengira siang dan malam menjaga kemaslahatan negara kita. Sebagai makluman, dana yang anda berikan akan mendapat pengecualian cukai, jadi pastikan simpan resit.

Jom ramai-ramai kita menjadi sebahagian daripada usaha murni MyFundAction ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...