Jollibee Melabur Sebanyak AS$350 Juta Beli Jenama The Coffee Bean And Tea Leaf

Kehidupan

Jollibee Melabur Sebanyak AS$350 Juta Beli Jenama The Coffee Bean And Tea Leaf

Jollibee perniagaan terkenal makanan segera Filipina membuat keputusan untuk mengambil alih jenama The Coffee Bean And Tea Leaf dalam pengumuman semalam. Perbelanjaan sebanyak AS$350 juta dikeluarkan untuk proses ambil alih itu.

Syarikat ini juga akan melabur sebanyak AS$100 juta dalam syarikat induk yang berpangkalan di Singapura untuk memperoleh keseluruhan jenama kopi dan teh itu. Jollibee akan membentuk 80 peratus milik syarikat induk Singapura bagi proses mengambil alih jenama The Coffee Bean And Tea Leaf.

Advertisement

Untuk jumlah selebihnya sebanyak 20 peratus akan diberikan kepada rakan kongsi di Vietnam untuk perusahaan kopi dan restoran. Bagi kelangsungan The Coffee Bean And Tea Leaf, Jollibee akan melabur sebanyak AS$250 juta kepada syarikat induk.

Jollibee adalah rantaian terkenal makanan segera Filipina dengan sebanyak 3,195 restoran yang dibuka. Manakala The Coffee Bean And Tea Leaf mempunyai 1,189 cawangan di seluruh Amerika Syarikat, Asia Tenggara, Timur Tengah, dan semakin berkembang di Asia.

Sumber: CNA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...