Jokowi Dikecam Muslim Indonesia, Tular Foto Sedang Berdoa Di Hadapan Jenazah Pope

Berita

Jokowi Dikecam Muslim Indonesia, Tular Foto Sedang Berdoa Di Hadapan Jenazah Pope

Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi menerima kecaman hebat daripada rakyat Muslim di negara itu selepas tular fotonya seperti sedang berdoa di hadapan jenazah Pope.

Beliau dan rombongannya telah ke Vatican City untuk memberi penghormatan terakhir dan foto tersebut memaparkan mereka berpakaian rasmi lengkap bersongkok dan berdiri di hadapan keranda Pope.

Advertisement

Turut kelihatan adalah paderi Katoilik dan pengawal Swiss.

Jokowi berdoa depan jenazah Pope

Antara kecaman diterima Jokowi adalah daripada seorang individu yang menyebut tentang Rasulullah SAW yang mengajar untuk berdiri di hadapan jenazah bukan Islam tanpa perlu mendoakan.

Meskipun ramai menghentam, ada juga segelintir yang mempertahankannya dan berkata beliau berbuat sebegitu sebagai tanda hormat dan berdiri sopan.

Pendakwah Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga ada bersuara berkenaan hal itu dan menjelaskan bahawa perbuatan tersebut adalah haram meskipun si mati merupakan ahli keluarga.

UAI memetik firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 113, serta pandangan Imam Al-Maraghi dan Imam Nawawi, yang sepakat mengatakan berdoa untuk keampunan mayat kafir adalah tidak dibenarkan.

Ada pun jika dia meninggal dalam kekufuran maka tidak dibenarkan sama sekali mendoakan keampunan atau kesejahteraan untuknya.

5 days ago

9 Produk Sijil Halal Indonesia Dikesan Ada DNA Babi, JAKIM Arah Tarik Semula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kompas TV

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...