Jojie Bakal Berkahwin Jun Ini Pada Usia 50 Tahun

Hiburan

Jojie Bakal Berkahwin Jun Ini Pada Usia 50 Tahun

Sekali pandang, memang tak perasan yang Jojie, kakak kepada ratu rock Malaysia, Ella ini sudah berusia 50 tahun. Masih awet muda dan nampak seperti baru berusia 30 tahun. Setelah hidup seorang diri dan membujang sekian lama, Jojie akhirnya bakal bergelar isteri kepada seorang usahawan dan pengurus acara, Syahrizal Ismail yang berusia 36 tahun. Jutaan tahniah diucapkan atas berita gembira ini.
jojie kahwin

Perbezaan umur sebanyak 14 tahun ternyata tidak menghalang Jojie dan Syahrizal untuk membina mahligai cinta mereka. Kata Jojie:-

Advertisement

Faktor usia bagi saya bukanlah masalah untuk kami meneruskan niat murni ini. Walaupun jarak usia yang berbeza, Syah seorang yang matang dan tidak kebudak-budakkan. Kami berkenalan kira-kira setahun yang lalu apabila kami terbabit dalam sebuah acara membabitkan Ella dan saya pula perlu berurusan dengannya.

Selepas beberapa kali berjumpa, kami mula akrab dan hubungan itu kemudiannya menjadi lebih serius. Selain itu apa yang membuatkan saya terpikat padanya kerana beliau seorang yang sangat menjaga solat. Dia sering mengingatkan saya mengenai solat, terutama sekali solat subuh. Saya memang mencari seorang yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan dan Alhamdulilah impian itu dimakbulkan.

jojie kahwin

Kata orang kalau dah jodoh tak ke mana kan? Jojie dan Syahrizal bakal disatukan sebagai suami isteri pada bulan Jun ini. Majlis resepsi pula akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri. Tahniah sekali lagi buat Jojie dan Syah. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.

jojieP.S: Sabtu ini 9 Mei, ramai-ramai kita meriahkan pembukaan 3 butik hebat iaitu Minaz, Hijriahome dan Marshmallowscarf di Bangi Sentral bermula jam 8 pagi. Pellbagai hadiah menarik seperti percutian ke Bali, penginapan di Grand Lexis Port Dickson dan macam-macam lagi untuk dimenangi. Paling penting, harga produk ketiga-tiga butik ini akan dijual pada harga MEGA SALE. Dijamin puas hati. Jangan lupa ikuti Instagram @minaz.my, @Hijriahome, @Marshmallowscarf sebab di situ pun ada contest best!!!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...