JOI® Smartboard: Bawa Revolusi AI Ke Dalam Bilik Darjah, Jadikan Pembelajaran Lebih Pintar & Interaktif

Branded

JOI® Smartboard: Bawa Revolusi AI Ke Dalam Bilik Darjah, Jadikan Pembelajaran Lebih Pintar & Interaktif

Dunia pendidikan kini melangkah ke era baharu, di mana teknologi bukan sekadar alat bantu mengajar, tetapi rakan strategik dalam melahirkan pelajar yang bersedia untuk masa depan.

Antara pelopor utama transformasi ini ialah JOI® Smartboard, papan interaktif serba pintar yang dipacu oleh pemprosesan Intel® Core™ Gen ke-14, direka khas untuk menjadikan bilik darjah lebih dinamik, kolaboratif dengan AI.

Transformasi Pendidikan Dengan Kuasa AI

JOI® Smartboard bukan sekadar paparan interaktif ia ialah pusat pembelajaran berkuasa AI yang menggabungkan prestasi tinggi, kolaborasi pintar dan alat pendidikan berasaskan AI bagi mencipta suasana pembelajaran yang lebih menarik, mendalam dan mudah disesuaikan dengan pelbagai gaya pengajaran.

Daripada sekolah rendah hingga ke universiti, JOI® Smartboard membantu tenaga pengajar mencipta pengalaman pembelajaran yang lebih fokus, menyeronokkan dan inklusif.

S Write with AI: Menulis Lebih Pintar, Mengajar Lebih Mudah

Dengan fungsi S Write with AI, tulisan tangan guru boleh ditukar serta-merta menjadi teks digital yang kemas dan mudah dibaca. Sistem ini turut menyokong pelbagai bahasa serta mampu mengenal pasti formula matematik untuk dikira secara automatik.

Hasilnya? Pelajar dapat nota yang lebih tersusun, manakala guru jimat masa untuk menguruskan pengajaran membolehkan mereka fokus kepada interaksi bersama pelajar.

AI-Driven Whiteboard Collaboration: Kolaborasi Tanpa Had

Dikuasakan oleh pemprosesan Intel® Core™, JOI® Smartboard membolehkan sehingga 40 sentuhan serentak, membolehkan pelajar bekerja dalam kumpulan secara masa nyata. Guru pula boleh membuat anotasi terus di skrin 4K UHD yang tajam dan jelas, menjadikan sesi pembelajaran lebih interaktif dan menyeronokkan.

Tambahan pula, fungsi perkongsian skrin tanpa wayar membolehkan pelbagai peranti disambungkan sekaligus, menjadikan bilik darjah benar-benar hidup dengan aktiviti kolaboratif.

Accelerated Intelligent Search: Carian Segera Dengan A

Tiada lagi momen ‘terhenti sekejap’ semasa mengajar. Fungsi Accelerated Intelligent Search membolehkan guru mencari imej, nota, atau bahan rujukan dengan pantas, tanpa meninggalkan skrin. AI akan mencadangkan bahan relevan serta-merta, membantu pelajar memahami topik dengan lebih mendalam melalui visual dan perbincangan spontan.

AI-Powered Lesson Recording & Transcription: Tiada Lagi Tertinggal Pelajaran

Satu lagi ciri menarik ialah AI-Powered Lesson Recording & Transcription yang merakam keseluruhan sesi pembelajaran serta menyalinnya secara automatik ke dalam bentuk teks.

Pelajar boleh memainkan semula sesi untuk mengulang kaji, manakala guru dapat menilai semula kaedah pengajaran mereka atau berkongsi nota dengan pelajar yang tidak hadir.

Fleksibel, Pintar & Sedia Untuk Masa Depan

JOI® Smartboard turut dilengkapi Dwi Sistem Operasi (Android & Windows 11) bersama OPS PC modular (Pemprosesan Intel® Core™ Gen ke-14) untuk fleksibiliti maksimum. Sistem kamera dan mikrofon pintar dengan auto-framing membolehkan kelas hibrid berjalan lancar.

Lebih menarik, papan pintar ini turut menyokong integrasi dengan Microsoft AI education tools seperti Speaker Progress, Reading Coach dan Copilot AI, menjadikannya benar-benar bersedia untuk pembelajaran masa depan yang diperibadikan dan berasaskan data.

Dua Versi, Satu Matlamat: Pendidikan Lebih Canggih Untuk Semua

JOI® Smartboard hadir dengan dua tahap AI

– Basic Version (percuma)
Pro Version (langganan RM1,000 setahun sahaja)

Dengan pilihan ini, institusi dapat memilih tahap AI mengikut keperluan pengajaran tanpa membebankan bajet.

Miliki SNS OnePlan™ Dengan Mudah

Untuk institusi yang ingin beralih kepada pembelajaran pintar tanpa tekanan kos besar, JOI® turut menawarkan pelan SNS OnePlan™ Device-as-a-Service (DaaS) dari serendah RM229 sebulan (lease-to-own) lengkap dengan pengurusan IT yang dipermudahkan.

(Tertakluk kepada semakan kredit & terma).

Masa Depan Pendidikan Bermula Dengan JOI® Smartboard

JOI® Smartboard bukan sekadar papan pintar, ia ialah langkah pertama ke arah pendidikan yang berdaya AI yang dikuasakan dengan pemprosesan Intel® Core™. Kini setiap bilik darjah dapat menjadi lebih efisien, kolaboratif, dan berinspirasi untuk generasi akan datang.

Nak lihat bagaimana teknologi ini boleh mengubah cara anda mengajar?

Daftar sekarang untuk sesi demo dan alami sendiri masa depan pendidikan yang digerakkan bersama AI di https://forms.office.com/r/PQsV5ffRES atau klik https://www.joi.com.my/AI-Powered-Teaching-with-JOI-Smartboard untuk maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui http://bit.ly/JOI_Smartboard-Enquiry manakala maklumat mengenai pelan SNS OnePlan™ boleh didapati di www.sns.com.my/daas-oneplan/.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...