Sebuah sekolah untuk pelajar keperluan khas, terutamanya kanak-kanak autistik, akan dibina di Johor & Sabah menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri, Aznan Tamin.
Cadangan tersebut dibuat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini.
Menurut Aznan lagi, pembinaan sekolah itu adalah ‘hadiah’ terbaik buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa di mana butiran lanjut akan diumumkan Kementerian Pendidikan tidak lama lagi.
Memetik BERNAMA, sekolah-sekolah itu difahamkan bakal dibina di Tuaran, Sabah dan juga Pulai, Johor Bahru dengan kos keseluruhan sebanyak RM300 juta.
Manakala sekolah di Johor Bahru akan menjadi institusi pendidikan pertama yang menumpukan kepada pendidikan untuk kanak-kanak autistik.
Maklum Siti Noraisikin daripada IndeBrain Occupational Therapy Solutions, kekurangan kemudahan untuk kanak-kanak khas di sekolah terutamanya dalam Program Pendidikan Khas Terintegrasi adalah nyata dan perlu diberi penekanan oleh kerajaan.
Kos untuk menghantar anak-anak ke pusat swasta adalah lebih tinggi berbanding dengan sekolah arus perdana.
Kami mengalu-alukan pengumuman melalui Belanjawan 2025 untuk menyediakan kemudahan dan memberi keutamaan kepada kanak-kanak dengan keperluan khas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.