Johnson & Johnson Diarah Bayar RM294Juta, Produk Talkum Terkait Kematian Wanita Akibat Kanser

Trending

Johnson & Johnson Diarah Bayar RM294Juta, Produk Talkum Terkait Kematian Wanita Akibat Kanser

download

Syarikat Johnson & Johnson telah diperintahkan untuk membayar denda sebanyak $72 juta (RM294juta) setelah kematian seorang wanita akibat kanser didapati terkait dengan produk keluarannya.

Advertisement

Laporan dari Metro.co.uk menyebut, Jacqueline Fox mati akibat kanser ovari yang didapati berkait dengan penggunaan produk talkum Baby Powder dan Shower to Shower yang digunakan oleh Fox selama beberapa dekad.

showr-to-shower

Keputusan itu dibuat setelah perbincangan yang mengambil masa selama lima jam dan selepas perbicaraan tiga minggu.

Juri mendapati Johnson & Johnson bertanggungjawab terhadap penipuan, kecuaian dan konspirasi, kata peguam keluarga Fox.

Johnson & Johnson menghadapi tuduhan bahawa syarikat tersebut, dalam usaha untuk meningkatkan jualan, gagal selama beberapa dekad untuk memberi amaran kepada pengguna bahawa produknya yang berasaskan talkum boleh menyebabkan kanser.

Fox yang tinggal di Birmingham, Alabama, mendakwa dia menggunakan produk Baby Powder dan Shower to Shower untuk tujuan kebersihan feminin selama lebih dari 35 tahun sebelum dia didiagnosis dengan kanser ovari tiga tahun lalu.

Fox meninggal dunia pada Oktober pada umur 62 tahun

Sumber : http://nypost.comhttp://metro.co.uk/

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...