Johnny Depp Akan Turun Malaysia Sabtu Ini Untuk Astro B.Yond IPTV Hollywood & Celebrities Night

Hiburan

Johnny Depp Akan Turun Malaysia Sabtu Ini Untuk Astro B.Yond IPTV Hollywood & Celebrities Night

Satu benda yang sentiasa dinanti-nanti oleh Abang Nara setiap tahun ialah company dinner. Company dinner memang sangat menarik sebab setiap tahun ada cabutan bertuah, makanan yang best-best dan paling penting, setiap tahun ada tema yang berbeza. Contohnya tahun lepas tema company dinner Abang Nara ialah “superhero”.

astroiptv

Advertisement

Amcam ada gaya Robin tak Abang Nara pergi company dinner? Dan tahun lepas Abang Nara dapat nombor 2 untuk best dress company dinner. Dengan mengeluarkan RM50 untuk sewa baju, Abang Nara dapat voucher Jusco sebanyak RM300. Memang berbaloi-baloi.

astroiptv

Yang nie pulak gaya Abang Nara meniru Azwan Ali untuk satu event yang bertemakan “Tiru Gaya Selebriti”. Hehehe. Abang Nara nie memang kemaruk benda-benda meniru nie. Seronok jugak sesekali buat macam nie sebab boleh lepaskan stress sambil berpeluang menang hadiah best-best. Dan 29 Oktober (Sabtu) ini, Abang Nara akan bergaya ala-ala Hollywood pulak untuk Astro B.yond IPTV Hollywood & Celebrities Night. Tapi apakah sebenarnya Astro B.yond IPTV nie? Takkan nak datang event tanpa tahu untuk apa event tue kan?

astroiptv

Astro B.yond IPTV ini adalah segalanya yang anda perlukan di dalam dunia serba moden ini. Dengannya, anda akan ada High Definitions TV Channel, ada Personal Video Recorder, ada Vide On Demand dan yang paling penting, anda akan menikmati High Speed Broadband connection yang up to 30MBps. Memang macam-macam ada.

astroiptv

Buat masa ini servis Astro B.yond IPTV masih tak sampai ke rumah Abang Nara di Puncak Jalil. Kalau dah sampai nanti, confirm Abang Nara akan sign up. Tak sabar nak gunakan fungsi Video On Demand. Boleh tengok movie yang bila-bila masa sesuka hati. Dan sudah tentu kelajuan Internet yang ada akan memudahkan lagi kerja mengupdate blog. 30MBps tue ~~ Confirm laju tak ingat punya.

astroiptv

Ok kita dah tau serba sedikit mengenai Astro B.yond IPTV, jom kita berbalik kepada gaya Hollywood celebrities yang perlu Abang Nara tiru sempena malam event ini. Abang Nara ingat nak berlagak ala-ala Captain Jack Sparrow sebab dulu wife Abang Nara ada kata muka Abang Nara macam Johnny Depp (sila jangan muntah). Patutkah Abang Nara datang dengan gaya di bawah?

astroiptv

Atau wajarkah Abang Nara buat rambut pacak-pacak sikit, pakai jersey Real Madrid, pakai kasut but bola dan datang ala-ala Cristiano Ronaldo? Muka dah lebih kurang sama dah (sila jangan muntah sekali lagi)

astroiptv

Abang Nara tak tahu nak tiru gaya sapa nie. Serious blur. Kena pakai yang terbaik untuk Astro B.yond IPTV Hollywood & Celebrities Night sebab 2 best dressed akan menang sebijik iPod Nano sorang satu. Dan paling penting, hadiah utama event ini ialah home theater system bersama dengan Blu Ray player. Menarik kan?

astroiptv

Abang Nara tak nak korang datang sebenarnya sebab nanti makin rendah la peluang Abang Nara nak menang home theater tue. Tapi tak apa, orang kata best man win. Kita tengok adakah anda sanggup datang berpakaian ala-ala Hollywood untuk Astro B.yond IPTV Hollywood & Celebrities Night yang akan berlangsung di B.yond IPTV Concept Store. Detailsnya adalah seperti di bawah:-

Tarikh: 29th October 2011 (Sabtu)
Masa: 6.30pm – 10.00pm
Tempat: B.yond IPTV Concept StoreNo.5, Jalan Solaris 2, Ground Floor, Solaris Mont Kiara

astroiptv

Kalau anda berani, dan sanggup bertarung dengan Abang Nara yang muka kacak seperti Johnny Depp + Cristiano Ronaldo, sila baca info lanjut di laman web Nuffnang dan di laman web Astro B.yond IPTV.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...