John Wick 3: Parabellum Berjaya Rampas Takhta Avengers:Endgame Di Amerika

Trending

John Wick 3: Parabellum Berjaya Rampas Takhta Avengers:Endgame Di Amerika

Selama Tiga minggu filem Avengers:Endgame memegang tempat pertama di Amerika Syarikat (AS), kini akhirnya tumpas apabila tempatnya digantikan dengan filem John Wick 3: Parabellum dalam carta pecah panggung Amerika Syarikat.

Advertisement

John Wick 3: Parabellum berjaya mendahului carta dengan kutipan sebanyak USD57 juta di Amerika Syarikat dan Kanada dengan kutipan mingguan terbaharu dari 17 hingga 19 Mei.

Filem Avengers:Endgame ditinggalkan jauh sebanyak USD29.4 juta.

Dipetik dari Game Spot, kutipan John Wick 3: Parabellum pada hari pertama tayangan sudah mencecah USD57 juta membuktikan bahawa sekuel kepada filem John Wick 1 (2014) dan John Wick 2 (2017) sememangnya dinantikan ramai.

Manakala pada tayangan global, filem John Wick 3: Parabellum berjaya mengutip USD36 juta menjadikan jumlah kutipan secara keseluruhan pada hari pertama ialah USD93 juta.

Berikut merupakan senarai filem pecah panggung pada 17 hingga 19 Mei:

  1. John Wick: Chapter Three: Parabellum – USD57 juta
    2. Avengers: Endgame – USD29.4 juta
    3. Pokemon Detective Pikachu – USD24.8 juta
    4. A Dog’s Journey – USD8 juta
    5. The Hustle -USD6.1 juta
    6. The Intruder – USD4 juta

    7. Long Shot – USD53.4 juta

    8. The Sun Is Also a Star – USD2.6 juta

    9. Poms – USD2.1 juta

    10. Uglydolls – USD1.6 juta

Apalagi, jom warga Malaysia menonton filem John Wick 3: Parabellum. Selepas itu kongsikan kepada kami betul ke filem ini lebih menarik dari Avengers.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...