“John Kelabu Baru RM6, Hutang Lagi RM4” – Alasan Tiada Duit, Lelaki Mahu Tukar Rokok Dengan Nasi Kandar Buat Netizen Geli Hati

Kehidupan

“John Kelabu Baru RM6, Hutang Lagi RM4” – Alasan Tiada Duit, Lelaki Mahu Tukar Rokok Dengan Nasi Kandar Buat Netizen Geli Hati

Satu perkongsian kandungan oleh sebuah restoran nasi kandar di Pulau Pinang ini ternyata mengundang rasa geli hati netizen di media sosial.

Dalam hantaran tersebut, pengendali akaun Facebook restoran itu tampil berkongsi kisah unik di mana seorang individu berhasrat untuk menukar sekotak rokok dengan sepinggan hidangan nasi kandar.

Advertisement

Individu itu difahamkan memberi alasan tiada duit untuk makan dan ingin membuat sistem ‘barter’ atau pertukaran barang atas suka sama suka dengan pemilik restoran.

Ada orang ni beli sebungkus nasi RM10. Duit takdak jadi dia suruh ambil kotak rokok ni sebagai ganti. Dia nak buat macam sistem barter kot. Duit takdak nak beli makan tapi rokok boleh beli pula.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geli hati dan tertarik dengan kisah pertukaran yang boleh dikatakan tidak adil dan mengundang sakit hati ni.

Mana boleh barter, tak sama. Kat kotak tu tulis rokok mengakibatkan keguguran. Nasi kandar mengakibatkan kekenyangan. tak sama.

Macam macam peel mamu kena hadap. Sabaq banyak banyak mamu no..

John kelabu baru RM6, hutang lagi RM4…

Kata netizen lagi, mungkin individu itu berada dalam keadaan terdesak dan bertindak seperti itu kerana tiada pilihan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aiman aufa surat layang
5 months ago

"Lepas Saya Letak Tu, Saya Tak Tengok Dah" - Pengirim Surat Layang Kes Bun*h Zulfarhan

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...